Khamis, 18 April 2013

Lantik Anak Sendiri Jadi Calon Arahan Allah ?


MyMassa tidak terkejut bila nama Nik Abdul diumumkan menjadi calon di Parlimen Pasir Mas.

Nik Aziz Kekal DUN Chempaka, Anaknya Calon Baru Tanding Parlimen Pasir Mas

Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB


MACHANG: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Perkara itu diumumkan dalam majlis pengumuman calon PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kelantan untuk kerusi Parlimen dan DUN pada PRU-13 di sini, lewat malam Rabu.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS akan mempertahankan kerusi DUN yang disandangnya itu.

Pada pilihan raya umum kali ini, anak lelaki Nik Aziz iaitu Nik Abduh buat kali pertama dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Pasir Mas, bagi merampas kerusi yang disandang Datuk Ibrahim Ali.

Nik Abduh merupakan antara 16 muka baru yang disenaraikan bagi kerusi DUN dan Parlimen.

Pengumuman Nik Abduh sebagai calon bagi kerusi Parlimen Pasir Mas menyaksikan persaingan tiga penjuru antara Ibrahim yang akan bertanding sebagai calon bebas dan wakil Barisan Nasional (BN) Kelantan, Che Johan Che Pa.
Sumber : MSTAR

Ini kerana dalam PAS, kronisme menjadi darah daging dalam parti tersebut. Ahli parti perlu walak dan tak boleh nak pertikai keputusan parti.


Keputusan meletakkan Nik Abduh bertanding di Parlimen dalam masa yang sama bapanya bertanding di kerusi DUN demi mempertahankan jawatan MB menjadikan PAS melengkapkan amalan Parti Anak Beranak dalam Pakatan Pembangkang.


Cuma satu soalan MyMassa nak tanya kat Nik Aziz atau Nik Abduh, adakah amalan kronisme dalam PAS ini pun ARAHAN DARI ALLAH sebagaimana kenyataan Nik Abduh bahawa ALLAH MENGARAHKAN PAS KE PUTRAJAYA?



*Bila masa anak Nik Aziz ni dapat wahyu? Dah tahap sesat macam ni pun masih jadi calon Parlimen PAS.

Sumber: MyMassa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan