Ahad, 31 Mac 2013

GEMPAK !! 9NGO BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ANWAR!!! ????


9 NGO buat laporan polis ceramah Anwar di Mergong


ALOR SETAR 31 Mac - Sembilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis mengenai program ceramah yang dijadual disampaikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Wira, Mergong di sini malam ini yang didakwa akan menggangu ketenteraman penduduk.

Laporan itu dibuat Yang Dipertua Pertubuhan Silat Garuda Malaysia, Mansor Ahmad di Ibu Pejabat Polis Kota Setar di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mansor berkata, ceramah yang dijadualkan pada 10.30 malam ini di padang bola yang terletak berdekatan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) itu dibimbangi akan mencetuskan kekecohan.
Wakil penduduk Taman Wira, Mohd Zubir Abd Rahman, 43, berkata, penduduk taman menentang keras kehadiran Anwar kerana ceramah boleh menggangu ketenteraman mereka.

"Kedudukan padang bola di tengah-tengah kawasan taman perumahan sudah tentu mengganggu anak-anak yang mengulang kaji pelajaran pada waktu malam untuk menghadapi peperiksaan.

"Kita tahu Anwar bila mai (datang), orang-orang dia agresif... semua penduduk menjadi tidak selesa. Kalau dia nak tawan Putrajaya bukan di sini tempat untuk berceramah," katanya sambil mendakwa ceramah itu tidak mendapat permit.

Antara sembilan NGO itu ialah Badan Generasi Perihatin (BG3R), Pegerakan Pemuda Umno Cawangan Blok B Taman Wira, Skim Rondaan Sukarela Perumahan Awam Mergong dan Perkasa Kota Setar. - BERNAMA

LAWAK HUJUNG MINGGU :: !! GUAN ENG BAGI ALASAN BODOH UNTUK TIPU DUIT RAKYAT..!!!

ALASAN SALAH TAIP  NAMPAK SANGAT LGE BANGGANG!!!!



Alasan salah taip yang diberikan Ketua Menteri, Lim Guan Eng ketika mempertahankan kenaikan kos projek mega tidak mencerminkan sikap cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang sering dilaungkannya.


Bukan itu sahaja, malah alasan berkenaan dianggap sebagai lucu dan tidak masuk akal yang pernah dilakukan Guan Eng selama ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan BN Pulau Pinang, Tan Cheng Liang berkata, sebagai seorang akauntan, Guan Eng tidak seharusnya lalai sehingga melakukan kesilapan yang membabitkan duit kerajaan terutama projek bernilai berbilion ringgit.

“Alasan yang diberikan Guan Eng itu tidak masuk akal dan ia adalah lawak terbesar yang dia (Guan Eng) pernah lakukan.

“Bagaimana kesilapan itu boleh dilakukan sedangkan ia melibatkan projek berbilion ringgit dan membabitkan perjanjian dengan syarikat antarabangsa. Kita harap Guan Eng hentikan permainan politiknya dan menjelaskan perkara sebenar kepada rakyat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Turut hadir, Ketua Penerangan Pemuda BN Pulau Pinang, H’ng Khoon Leng.

Cheng Liang turut menggesa Guan Eng menjelaskan bagaimana salah taip itu boleh berlaku untuk mempertahankan kredibiliti kerajaan negeri dan nama baik Pulau Pinang.

Rabu lalu, Guan Eng ketika diminta menjelaskan dakwaan Pemuda BN berkata, berlaku masalah ‘silap taip’ dalam pengumumannya mengenai peningkatan kos RM2.2 bilion bagi pembinaan projek terowong dasar laut yang sebelum ini dilaporkan hanya RM4.08 bilion dan terkini berjumlah RM6.3 bilion.

Sementara itu, mengulas cadangan kerajaan negeri yang mahu membina terowong dasar laut, Cheng Liang berkata, cadangan itu bukan sahaja akan menjejaskan industri perkapalan malah ekonomi negeri.

“Kini pelaburan asing kian merosot dan cadangan kerajaan negeri ini akan terus mematikan sektor perindustrian di negeri ini yang akan langsung memberi kesan kepada peluang pekerjaan.

“Kita lihat projek ini hanya sebagai gimik politik Guan Eng kerana ia langsung tidak mempunyai pelan perancangan yang jelas,” katanya.


SUMBER [mediauruk]








Sabtu, 30 Mac 2013

TERBARU !!! BAS JELAJAH MERDEKA ANWAR TERBAKAR????


BAS JELAJAH MERDEKA TERBAKAR!!!

Satu lagi kaedah terancang Anwar untuk menagih simpati rakyat, setelah gagal menjawab Isu liwat mahasiswa sebagaimana yang didedahkan oleh Papa Gomo.


Sumber gambar yg diedit di  Timesofisrael.com. Yang peliknya tu bagaimana boleh bersumberkan website Israel? Pengemar Israel rupanya puak PR kihkih.


The bombed Israeli tour bus in Burgas, July 2012 (photo credit: Dano Monkotovic/Flash90)
Gambar asal sebelum diedit puak PR yang terdesak menagih simpati rakyat.




PAS 4 All , Israel 4 All, siapa tiru siapa??

Wall Street Journal melaporkan sokongan Anwar kpd Israel



SUMBER [papagege]

GEMPAK !! RANCANGAN ANWAR SABOTAJ LIMA 2013 GAGAL!!!


ANWAR GAGAL SABOTAJ LIMA 2013 ! PERSAMAAN TAKTIKAL SERANGAN POLITIK ANWAR PADA 1998 DAN 2013.



Anwar berharapkan agar huru hara bikinan beliau di lahad datu bukan sahaja boleh menggagalkan PRU 13, malah dia juga berharap agar pelabor tak datang melabor pada LIMA 2013 yang sedang berlangsung.

Sayang plan anwar gagal dan terus gagal.
Pengganas kiram tajaan anwar dah ramai yang kojol.
Yang kena tahan beratus orang.
Baik yang tua, wanita jenglot, bomoh tangkal dan pelbagai lagi.

Semalam ketua polis sabah keluarkan kenyataan berkemungkinan saki baki bagidol kiram yang bersenjata tinggal 10 ekor sahaja.

Sebenarnya nak memahami politik chaos anwar ini mudah.Dia akan menggunakan segala bentuk serangan lalu dilakukan serentak pada setiap sudut yang logik untuk menggangu keadaan.Taktikal game ini dah jadi ketahuan public, takde lagi kerahsiaan. Cubaan anwar wujudkan huru hara di kala media dan pelabor luar ( berada dalam malaysia )  bukan berlaku dalam kes lahad datu sahaja.

Pada 1998 tercetus reformasi ganas tajaan anwar. Ianya berlegar dalam tempoh lapan hari iaitu pada 2 september 1998 hinggalah pada 10 september 1998. Dalam tempoh lapan hari itu, anwar menyerang kerajaan dari pelbagai sudut. Klimak serangan anwar pada reformasi 1998 adalah menghasut para pendemo masjid negara ( yang berlaku petang 10 september) berarak dan MENGHURU HARAKAN SUKAN KOMANWEL yang sedang berlangsung di bukit jalil...

Hari ini stail itu diulang semula oleh anwar untuk menarik perhatian media luar.

lahad datu digunakan oleh anwar sebagai platform serangan .
lahad datu bukan sahaja mahu bikin kacau proses awal PRU 13.
malah ianya juga bermotif untuk menggagalkan LIMA 2013.

Tujuan anwar mahu sabotaj LIMA 2013 adalah bermotif untuk menimbulkan kebimbangan dikalangan pelabor akan keadaan negara yang cuba dinampakkan oleh anwar kepada media luar sebagai 'tidak stabil' ,'huru hara', 'membimbangkan' dan sebagainya.

Sayang perkara ini tidak menjadi. LIMA 2013 terus mendapat pelaboran luar jangka besarnya walaupun cubaan anwar untuk mewujudkan krisis ketidakyakinan ..

hehehe... setakat ini perjanjian LIMA 2013 telah menarik pelaboran sebanyak RM4.2 Billion ..

Manakala pelaboran anwar pada LIMA ala kiram semakin menampakkan kerugian apabila banyak berok berok tentera gerila anwar mati katak...

tahniah rakyat kepada najib dan menteri pertahanan...( tak lupa pada Tun M )


SUMBER [gerakan-anti-pkr] 

KETERLALUAN : !! DAP GUNAKAN BUDAK PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM!!!!


Budak Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) diajar julang bendera DAP.....!!!


Aku tak tahulah apa lagi yang diajar oleh PAS dalam menjulang DAP... Gambar ni je pun dah cukup menceritakan tentang segalanya..... Elok lagi Anak-anak Permata Negara yang mendidik anak-anak didalamnya tentang ilmu pengetahuan...

Ni baru bendera DAP... Entah nanti diajar memegang bendera komunis pula....

Rosak anak bangsa aku kalau macam ni...



SUMBER [parangpedang]





BIAR BETUL !!! ANWAR TERDIAM, YUKTES KANTOIKAN KES LIWAT SAIFUL..???!!!

Yuktes Mahu Jumpa Saiful Untuk Pohon Maaf...

KUALA LUMPUR 29 Mac – Bekas pembantu kepada peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay dalam kes liwat merancang untuk berjumpa Mohd. Saiful Bukhari Azlan bagi meminta maaf.


Katanya, dia berharap dapat bertemu Mohd. Saiful Bukhari secara peribadi, secepat mungkin untuk turut menyatakan kesediaan membantunya.
Yuktes berjanji akan membantu bekas pembantu peribadi Anwar itu dalam memperjuangkan nasib berhubung kes liwat berkenaan kerana percaya Mohd. Saiful Bukhari telah dianiaya.


“Saya mahu segera berjumpa dia dan meminta maaf secara peribadi kerana saya telah melakukan kesalahan dan berada di pihak yang salah sebelum ini.
“Saya mahu berbincang dan melihat apa yang boleh dibuat di mahkamah rayuan berhubung perkara itu (kes liwat),” katanya.


Beliau berkata demikian kepada Utusan Online ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan terbukanya di akaun Twitter hari ini yang memohon maaf kepada Mohd. Saiful Bukhari.Bercakap mengenai perkara lain, Yuktes turut menyatakan kebimbangannya kerana sering diekori oleh beberapa individu setelah menarik diri daripada pasukan peguam bela kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari.
“Saya seperti diperhatikan dan diekori oleh beberapa individu yang menaiki kereta Myvi hitam,” ujarnya.


Pada 13 Mac lalu, Yuktes telah mendedahkan beberapa ‘cerita dalaman’ berhubung kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari menerusi dua pucuk surat terbuka yang boleh diakses menerusi beberapa laman blog terutama di 
http://www.anwaraidc.com dan http://www.mynewshub.com



SUMBER [UTUSAN]

BICARA HARI INI : Adakah bantuan yang anda terima HALAL? Jom semak di sini....





Tanyalah kepada sesiapa sekali pun, pastinya akan ada setidak-tidaknya seorang yang pernah terima bantuan BN seperti senarai di bahagian bawah. Kalau yang bahagian Janji dan Bantuan Pakatan Haram Pembangkang ini, boleh kita perumpamakan sebagai LIMITED EDITION. Memang fitnahlah kalau kami kata mereka tidak beri, tetapi sangat terhad dan sukar ditemui. Tidak percaya? Cuba tanya sesiapa pun, terutamanya rakyat Selangor, bagaimana sulitnya prosidur untuk dapatkan mana-mana bantuan di atas.

Sebagai perkongsian pengalaman, penulis pernah melihat seorang tua yang mahu menuntut janji bantuan RM1000 untuk anaknya yang berjaya masuk ke Universiti. Anaknya memang lahir di Selangor dan beliau bersama isteri sendiri sudah bermastautin di negeri tersebut selama lebih 30 tahun. Namun, Kerajaan Negeri mengenakan pula syarat tersembunyi yang kedua ibu bapa pelajar itu juga mesti lahir di Selangor baru layak memohon dan menyebabkan orang tua tersebut GAGAL mendapatkan bantuan seperti yang dijanjikan. Dahulu ketika berkempen sebelum menang, tiada pula disebut syarat-syarat tersembunyi ini!

Apa yang kami ingin sampaikan sebenarnya adalah nilaikanlah sendiri hipokrasi dan bagaimana DOUBLE-STANDARD nya gerombolan pakatan haram pembangkang ini dalam bab-bab janji pilihanraya mereka. Masa berjanji memang seronok mendengar. Tetapi apabila sudah menang, pelbagai alasan dan syarat pula diberikan untuk menunaikannya. Pernah dengar MB Selangor paksa rakyat yang tuntut tunaikan manifesto untuk buktikan yang mereka mengundi pembangkang pada PRU yang lalu? Itu pun sebelum dia sendiri mengaku yang menifesto mereka bukan janji!

Kadang-kala lucu juga apabila melihat kain-kain rentang milik pembangkang yang mempromosi bantuan mereka, bantuan servis motorlah, bantuan kelas tuisyenlah dan pelbagai lagi. Bukan apa, kalau diperhatikan betul-betul mesti akan ada klausa kecil di bawah seperti ini: "TERHAD KEPADA 100 orang yang pertama sahaja!" Bayangkanlah, kroni mereka sahaja sudah sapu 3/4 sebelum ianya benar-benar dibuka untuk orang awam!



SUMBER [mymassa]





KERAJAAN PERIHATIN : SATU KELUARGA, TIGA KENDERAAN!!


KEMENTERIAN PENGANGKUTAN LAPOR BILANGAN MENINGKAT 11.7 PERATUS

KUALA LUMPUR: Dianggarkan setiap keluarga memiliki sekurang-kurangnya tiga kenderaan berdasarkan statistik terbaru Kementerian Pengangkutan menunjukkan sebanyak 21.2 juta kenderaan didaftarkan di negara ini sehingga tahun lalu.Bilangan kenderaan berkenaan meningkat kira-kira 11.7 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala sebanyak 1.15 juta kenderaan baru didaftarkan pada 2010 meningkat 13.7 peratus berbanding 2009.


Anggaran pemilikan kenderaan berkenaan dibuat dengan mengambil kira bilangan penduduk negara seramai 27.5 juta manakala 6.3 juta adalah isi rumah dengan 7.3 juta tempat kediaman, dicatatkan tahun lalu.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, yang mengumumkan statistik terbaru kenderaan itu dalam satu kenyataan semalam, berkata dengan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya, pengguna dinasihatkan supaya berhati-hati bagi mengelak kemalangan daripada berlaku.


“Mengikut rekod, jumlah terkumpul kenderaan yang didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan jumlah yang tertinggi dicatatkan di Wilayah Persekutuan dengan 4.9 juta kenderaan diikuti Johor (2.9 juta) dan Selangor sebanyak 2.3 juta,” katanya.


Wilayah Persekutuan turut menjadi negeri paling tinggi mencatatkan jumlah kenderaan baru didaftarkan tahun lalu iaitu 306,513 buah diikuti Johor (145,040 kenderaan) dan Pulau Pinang (110,882).


Jenis kenderaan yang paling banyak didaftarkan pula adalah kereta (584,304), motosikal (498,041) dan kenderaan barang (40,887).


Kong berkata, pendaftaran pengangkutan awam pada 2010 turut menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya dengan pendaftaran bas meningkat sebanyak 5.24 peratus, teksi (22.9 peratus) dan kereta sewa pandu (53.49 peratus).- [BERITA HARIAN]


KERAJAAN KITA SUDAH LAMA MENGAMALKAN NEGARA BERKEBAJIKAN. CUMA MALAS JE NAK KECOH..!!! 

Isu kenaikkan harga kenderaan hanyalah FITNAH dari pihak pembangkang untuk menutup mata rakyat. Ini sudah terbukti bahawa 1 keluarga mampu memiliki 3 kenderaan.. 
Ini bukan janji kosong parti kerajaan tapi ini 1 kepastiaan..

Tidak seperti janji-janji dari pihak pembangkang yang hanya tahu menabur janji-janji manis tetapi tidak di tunaikan.. Sebagai contoh isu air percuma di Selongor, sehingga ke hari ini masih belum selesai..
JADI MARI KITA RENUNG-RENUNGKAN....

KECOH!! ORANG PENANG TOLAK PKR!!!


Apa yg kecoh di Penang sekarang ni? #tolakPR


Setelah lima tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, keadaan sosioekonomi di Pulau Pinang bertambah teruk, dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, serta keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009.
    
Ramai percaya LGE berjaya kurangkan hutang negeri. Ramai tak tau itu sebenarnya dibuat dengan bantuan Kerajaan Persekutuan·      Pulau Pinang alami defisit selama 4 tahun berturut-turut di bawah DAP & Lim Guan Eng·     

Projek terowong mega RM6.3 bilion Lim Guan Eng juga terima kritikan hebat dari CAP dan seluruh rakyat Penang.





SUMBER -[panggongopera]



(VIDEO PANAS)!!! SEKS AL-JUBURI EPISOD KE-3 !!!! MESTI TENGOK!!



(Video Panas) Papa Gomo Siar Episod 3 : Lelaki Iras Anwar Sudah Terkam Mahasiswa?!!!



video


HIHI.. GELOJOH JUGA SI SYAITAN AL-JUBURI...




SENSASI !! KIT SIANG PELAKON TERBAIK.!!!!


Kit Siang mahu DUN Johor Jaya pula,bukti ada 'agenda'tersembunyi.


Selepas mendapat respon baik daripada penduduk Johor, Ketua anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang dikatakan mengintai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula bagi memperkasakan usaha Pakatan Rakyat merobek kubu kuat BN di negeri itu.

 Lim disebut-sebut berminat dengan kerusi Johor Jaya. Menurut sumber pasukan Lim di Gelang Patah - Parlimen baru yang akan ditandinginya dalam pilihan raya umum akan datang - Lim mengarahkan mereka turut membina pasukan kempen di Johor Jaya, kerusi di Parlimen jiran Pasir Gudang.

 "Setakat ini pasukan kami hanya berkempen di Gelang Patah, bertemu dengan pemimpin tempatan dan pengundi daripada pelbagai tempat di kawasan Parlimen yang besar ini.| "Tetapi malam tadi, Lim tiba-tiba minta kami buat perkara sama di Johor Jaya," kata seorang pemimpin kanan DAP kepada media semalam.  
- SUMBER [networkedblogs]

Jumaat, 29 Mac 2013

SENSASI ; VIDEO MEMALI PART 2 : AKHIRNYA KEBENARAN TERJAWAP !! AMANAT HADI ROSAKKAN FIKIRAN UMAT ISLAM

Lihat gambar di atas dan kenyataan yang dikeluarkan oleh pencacai pakatan haprak. Peristiwa berdarah di Kampung Memali, Baling Kedah pada 19 November 1995 diputarbelitkan fakta oleh puak PAS bahawa pihak Kerajaan ketika itu bertindak kejam pada masyarakat Kampung Memali.

Pada bahagian 1, GR telah pun berikan fakta KEBENARAN yang sebenar peristiwa berdarah yang selama ini ditutup oleh PAS. Perjuangan Islam yang bagaimana mereka bawa? Pergunakan kanak-kanak dan wanita pelbagai usia diletakkan di barisan hadapan dan kaum lelaki menyorok dibelakang.

Perwatakan mereka juga seperti telah 'DIRASUK HANTU' bertindak seperti tak ada perasaan perikemanusiaan. Inikah ajaran Islam yang sebenar?

Dalam video ini kita dapat lihat dengan jelas Amanat Haji Hadi adalah punca kejadian ini berlaku. Doktrin melampau tentang perjuangan Islam membawa kepada pertumpahan darah.

Ajaran Syiah yang juga menjadi pegangan beberapa orang pemimpin tertinggi PAS juga menjadi antara punca pengikut Ibrahim Libya seperti dirasuk untuk menyertai perjuangan yang tidak pasti kebenarannya.

Saksikan video di bawah PENDEDAHAN SEBENAR (bahagian 2) betapa bahayanya Amanat Hj Hadi yang membawa pertumpahan berdarah yang menghilangkan nyawa mereka yang tidak berdosa ini.

 

video

  

FIKIR DAN RENUNG-RENUNGKAN....

 

 

 

 

 

TOK GURU KENA " SOUND DENGAN DAP " ????



 DULU NAK GADAI PUTRAJAYA DEMI 'AGAMA'
SIKALANG GADAI 'AGAMA' DEMI KE PUTRAJAYA

*MACAI jangan sakit punggung (butthurt).




SUMBER [ mymassa]








 

ALLAHUAKBAR!MUFTI KERAJAAN PEMBANGKANG AKUI WIRA SYAHID!

 

PEMBANGKANG MEMANG KERAS HATI...TIDAK CUKUP DENGAN ISU TIAN CHUA..  !!

 

SUNGAI PETANI - Anggota keselamatan beragama Islam yang terbunuh dalam Operasi Daulat di Sabah kerana mempertahankan negara adalah syahid akhirat dan bukan syahid dunia, kata Mufti Kedah Datuk Sheikh Mohamad Baderuddin Ahmad.

Beliau berkata mempertahankan negara adalah fisabilillah yang wajib bagi umat Islam kerana ia sama seperti berjuang menegakkan agama.

Katanya anggota polis dan tentera yang terbunuh bagi membanteras kumpulan pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah tidak wajib dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

"Dalam kes ini tidak kira penyerang penganut Islam atau kafir, anggota pasukan keselamatan yang terbunuh tetap syahid akhirat," kata Mohamad Baderuddin ketika menyampaikan tazkirah pada majlis Istighazah Al-Kubra di Masjid An-Naim Markas 6 Briged Kem Lapangan Terbang di sini, hari ini.

Program anjuran Majlis Perundingan Melayu (MPM) dengan kerjasama Markas 6 Briged itu dihadiri kira-kira 1,500 orang anggota tentera, polis dan awam termasuk Timbalan Menteri Perdagangan Antarbangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Ketua Umno Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Mufti itu turut mengingatkan masyarakat supaya menghargai keamanan kerana dalam suasana aman sahaja ekonomi negara berkembang menjadi mantap, negara berupaya membangun dan rakyat tidak berada dalam ketakutan.

"Golongan yang menolak perpaduan dan enggan bersatu atas nama Islam dianggap kufur dan mereka pasti menerima azab Allah SWT kelak," katanya.

Sementara itu, Mukhriz berkata langkah MPM sebagai badan bukan kerajaan (NGO) menganjurkan program agama seumpama itu merupakan tindakan tepat untuk menyatupadukan umat Melayu dan Islam yang dilihat telah berpecah.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah itu berkata perpecahan orang Melayu berlaku kerana mereka terlalu banyak berpolitik sehingga isu pencerobohan pengganas di Sabah yang mengancam keselamatan negara turut dipolitikkan.

"Kerana mahu melihat perpaduan orang Melayu kembali utuh...saya yakin usaha berterusan MPM dengan membabitkan masyarakat secara menyeluruh akan mengubah minda orang Melayu untuk menerima Islam sebagai agenda bersama," katanya.

Program Istiqhazah Al-Kubra yang bermaksud 'memohon pertolongan Allah SWT' itu bermula dengan solat sunat tahajud, hajat, witir dan bacaan Yassin dan tahlil untuk wira negara yang terkorban di Lahad Datu sebelum solat Subuh dan diikuti tazkirah dan membaca doa Istiqhazah. 

 

SUMBER [BERNAMA]

KISAH BENAR!!! PEMBANGKANG AKAN PECAT KAKI TANGAN AWAM !!! !!!!


INI ADALAH KISAH BENAR KAMI DIFAHAMKAN SEORANG USTAZ TELAH DIPECAT, GARA-GARA SOKONG PIHAK KERAJAAN..!!!

Realiti yang berlaku kepada ustaz-ustaz yang tidak menyokong PAS di Kelantan.





Kepada penjawat awam, jangan lupa satu PROJEK KHAS UNTUK ANDA MENANTI JIKA DAP MENAWAN PUTRAJAYA.

Sinchew Daily News m/s 9
1 November 2011 (Selasa)


Jika Pakatan Rakyat Memerintah Kakitangan Awam Akan Dikurangkan Separuh
Setiap Tahun Akan Dikurangkan  Ikut Peringkat: Tony Pua Kiam Wee

‘Pakatan Rakyat akan melalui kakitangan awam yang sudah berusia dipercepatkan bersara, termasuk ambil contoh cara negeri China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan, dengan adanya satu sistem untuk kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.’

31hb JB, setiausaha bahagian penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee berkata,  jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, akan kemukakan satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.

Tony Pua berkata, bagi mengurangkan jumlah dan bilangan kakitangan awam ia adalah satu cabaran besar bagi Pakatan Rakyat, oleh kerana mungkin akan dapat bantahan daripada kakitangan awam itu sendiri, selepas Pakatan Rakyat memerintah, Pakatan Rakyat tidak akan laksanakannya projek itu secara mengejut.

“Pakatan Rakyat tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan Rakyat akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing.”

Kakitangan Awam Yang Sudah Berusia Dibiar Bersara Cepat

Tony Pua berkata, Pakatan Rakyat akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja.  Ia akan ambil contoh cara negeri China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi, kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

Tony Pua Kiam Wee berkata demikian semasa menghadiri seminar bertajuk “ke mana perginya wang titik peluh kita? Beranikan diri untuk bentangkan bajet 2012” yang diajurkan oleh pemuda DAP negeri Johor, ucapan dalam seminar politik itu, sebagai membalas soalan-soalan dari orang ramai terhadap kakitangan awam negara ini yang berlebihan itu,  sebagai menjawab soalan-soalan itu Tony Pua berkata demikian.

Dalam sesi soal jawab seminar itu, yang hadir Tony Pua Kiam Wee, Teo Nie Ching Timbalan setiausaha penerangan DAP, ketua pemuda DAP negeri Johor dan setiausaha DAP negeri Johor, mereka dapat mengumpulkan seramai 200 peserta yang hadir yang ambil berat tentang bajet tahun 2012, atur acara  majlis itu diusahakan oleh setiausaha penerangan pemuda DAP negeri Johor puan Liau Yu Fei (terjemah Mandarin).

Tony Pua Kiam Wee juga berkata, buat masa ini kakitangan awam yang berjumlah 1.3 juta orang di negara ini, dengan nisbah 4.6 peratus daripada penduduk Negara kita; jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina dan Korea, bilangan kakitangan awam mereka hanya 2 peratus daripada jumlah penduduk negara tersebut.



SUMBER [mymassa]












SANTAI JUMAAT!! LAWAK HABIS!!! ANUGERAH BABAK JAMBAN TERBAIK!!

HASIL ILHAM DARI MELIHAT FILEM-FILEM MALAYSIA MAKA TERLAHIRLAH IDEA MEREKA!! HUHUHU.......


TEMPAT KETIGA : JAMBAN MAN LAKSA

TEMPAT KEDUA : JAMBAN SENIMAN BUJANG LAPOK


JOHAN KATEGORI JAMBAN TERBAIK











 SUMBER [mymassa]











Khamis, 28 Mac 2013

GEMPAK!!! ANWAR KAKI TIPU : Ketua Menteri Sarawak Minta Segerakan RCI Lahad Datu Ke Atas Anwar Ibrahim


1

MO, Kuching, 28 mac 2013 – YAB Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Taib Mahmud mendesak kerajaan supaya menubuhkan RCI mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang telah mengorbankan 10 anggota Pasukan keselamatan Negara kita.
Ketika ditembual oleh Ketua Editor, Portal Merdeka-Online di Kuching, beliau mempersoalkan pencerobohan di Lahad Datu sebagai ganjil dan luar biasa. Tanya beliau, “Kenapa Sekarang?”.
Beliau sangat yakin bahawa wujud dalang di sebalik pencerobohan tersebut, kerana ianya dilakukan ketika Negara kita akan mengadakan Pilihanraya Umum ke-13.
Sebelum ini, beberapa portal dan blog turut mendedahkan bahawa Jamalul Kiram turut menuntut wilayah Borneo yang meliputi negeri Sarawak. Malah seorang anggota keselamatan dari negeri Sarawak turut terkorban di Lahad Datu kerana mempertahankan kedaulatan tanah air.
SANDIWARA
YAB Ketua Menteri Sarawak juga mengecam individu-individu politik yang menuduh peristiwa di Lahad Datu sebagai “sandiwara”. Kata beliau dengan nada serius, “Ini Bukan drama!”. “Apakah kematian 10 anggota pasukan keselamatan kita suatu drama?” soal beliau.
Menurut beliau lagi, semua ini adalah agenda dan skrip yang telah diatur oleh pihak-pihak tertentu khususnya pihak pembangkang untuk kepentingan politik mereka. Negeri Sabah adalah sebuah negeri yang aman, namun peristiwa yang berlaku baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka sudah sampai ke tahap memperjudikan nyawa dan keselamatan rakyat sendiri, semata-mata untuk berkuasa.
Oleh itu, beliau mendesak kerajaan supaya menyegerakan penubuhan RCI supaya dalang-dalang di sebalik pencerobohan tersebut dapat diadili, dan seterusnya mendedahkan kepada rakyat Malaysia siapakah dalang di sebalik pencerobohan tersebut.
Beliau meminta rakyat Malaysia memberikan sokongan yang padu kepada Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

SUMBER [merdeka-online]





SENSASI! PAS PENING KEPALA!! VIDEO PERISTIWA MEMALI SUDAH BOCOH!!!


VIDEO KEBENARAN PERISTIWA MEMALI YANG PAS CUBA SOROK SUDAH BOCOR!!


PAS sebelum ini menggunakan insiden Memali sebagai modal politik mereka.

Mereka menuduh kononnya Kerajaan zalim dan kejam terhadap orang Kampung di Memali.

Hakikatnya, PASlah menjadi dalang di sebalik peristiwa Memali.

Video di bawah adalah pengakuan bapa kepada arwah Ustaz Ibrahim Libya yang tidak menyalahkan Kerajaan ke atas tindakan yang terpaksa diambil untuk menangani kes Memali.


Menurut bapa arwah, Ustaz Ibrahim Libya mengajar agama dengan betul sehinggalah seorang pemimpin PAS dari Alor Setar menghasut arwah untuk menentang Kerajaan.

Jika PAS mahu menafikan penglibatan mereka, kenapa amanat Haji Hadi ditampal di kampung Memali. Bukan sahaja amanat Haji Hadi, turut ditergantung di dinding adalah gambar ulama Syiah dari Iran dan juga gambar Muammar Gadafi semasa muda.

Namun hari ini semuanya sudah berubah. Malaun-malaun yang menggunakan isu Memali untuk mendapat sokongan rakyat kini menjawat jawatan penting dalam PAS. Dan mereka ini juga yang mengkhianati balu-balu peristiwa Memali dengan selewengkan tabung Memali.


Tak rasa berdosa ke makan harta anak yatim?





SUMBER [mymassa]







ANWAR TERGAMAM BILA DIROGOL PKR JOHOR!!!




TIDAK MUDAH JOHOR NAK JATUH KE TANGAN PKR!!!


Mak ai!!! Terkejut sakan Si Ketua Penipu tu kali ni. Dia ingat hanya dia je yang boleh balun orang. Tapi kali ni, dia pulak yang kena rogol.

Kalau sebelum ni, diorang cukup bangga bila bercakap pasal gelombang tsunami di Johor. Kononnya kata diorang, rakyat Johor mahu berubah.

Tak de jugak rupanya!!! Yang diorang yakin pun setakat 4 Parlimen je. Yang lain semuanya hampas belaka. Semua tak boleh harap. Kalau setakat 4 Parlimen, baik la tak payah nak bercakap besar!!! Buat mengabihkan masa je!!!
Gelagat Anwar - Kalau ikut cerita, Johor dijangka akan jatuh ke tangan Anwar dan Chua Jui Meng. Kalau ikut cerita, PKR akan mendatangkan malu kepada UMNO Johor. 
Kalau ikutkan borak, ramailah Menteri UMNO yang bungkus dan tertiarap dengan teruk dalam PRU akan datang. Kalau ikutkan cerita.
Tapi, hakikatnya, selepas diberikan taklimat oleh SU Agung PKR baru-baru ini, barulah kita faham bahawa itu semua cerita sahaja. 
Bukan ada asas pun. Cerita kosong. SU Agung mengakui sendiri bahawa JOHOR adalah KUBU KUAT UMNO/BN lagi. Kita hanya bagi gempak sahaja.
Penyokong PKR sendiri dah muak dengan politik gempak ini. Buang masa. Tak ikhlas. PKR menggambarkan kepada masyarakat dan penyokong, bahawa Johor bakal menjadi sasaran baru PKR. Kita akan menang besar. 
Tapi maklum SU Agung, PKR…PKR…hanya akan menang 4 kerusi (itupun kalau cukup undi swing).
Kerusi-kerusi yang KONONNYA bakal dimenangi PKR:- Ledang, Muar, Batu Pahat, Gelang Patah. Tak ada Menteri UMNO yang tumbang. Hanya dua Timbalan Menteri. 
Itupun Timbalan Menteri ‘ala kadar’. Yang tak penting pun. Tapi kena ingat, seorang Timbalan Menteri Pelajaran. Seorang Timbalan Menteri KBS. Ir Hamim – kalau ikut pelan PKR – bungkus. Itulah, kurang jaga rakyat.
Ini semua atas kertas. Telahan atas kertas. Itupun kalau pengundi Johor bagi peluang.
P144 LEDANG
Jumlah Pengundi: 58,501 Peratusan Kaum: M: 52.92% C: 42.41% I: 4.60%
1. Hamim Samuri (BN) (25,319) 2. Lau Tek Hai (PKR) (17,702)
Majoriti: 7,617 Jumlah undi: 44,454 Peratus mengundi: 75.99% Undi rosak: 1,433
Penyandang:  Hamim Samuri (BN)       (Majoriti:  21,671 undi)
Kalau 70 % pengundi Cina Ledang beri pada PKR – maknanya dekat 14,000 undi dah confirm. Soalnya boleh ke dapat 70 %?
P146 MUAR
Jumlah Pengundi: 41,019 Peratusan Kaum: M: 62.05% C:36.15% I: 1.67%
1. Razali Hashim (BN) (16,986) 2. Nah Budin (PKR) (12,325)
Majoriti: 4,661 Jumlah undi: 30,213 Peratus mengundi: 73.66% Undi rosak: 902
Penyandang:  Razali Ibrahim (BN)       (Majoriti:  13,415 undi)
Tak semudah yang PKR sangka. Nak kalahkan Timbalan Menteri protege kepada Menteri Dalam Negeri ini. 62 % undi Melayu tu bro. Bukan sikit. Tahulah pemikiran Melayu Johor macamana. Buatnya Tuanku buat lawatan menjelang pilihanraya, mahu terbalik undi.
Kesimpulannya, di sebalik GEGAK GEMPITA Pakatan Rakyat nak tawan Johor, PKR hanya yakin di 4 kerusi Parlimen sahaja. Bukan banyak pun. Itu pun belum tentu boleh makan.
Semua maklumat adalah info dalaman TEMURAPAT PILIHANRAYA PKR – Port Dickson.

SUMBER [semuthitam80]