Isnin, 6 Mei 2013

SENARAI PENUH KEPUTUSAN PARLIMEN PRU-13

Berikut keputusan penuh bagi 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan di seluruh negara pada PRU-13 mengikut pecahan negeri: 

PERLIS (3): BN (3)KEDAH (15): BN (10), PKR (4), Pas (1)
KELANTAN (14): BN (5), Pas (9)
TERENGGANU (8): BN (4), Pas (4)
PULAU PINANG (13): BN (3), DAP (7), PKR (3)
PERAK (24): BN (12), DAP (7), PKR (3), Pas (2)
PAHANG (14): BN (10), PKR (2), DAP (1), Pas (1)
SELANGOR (22): BN (5), PKR (9), DAP (4), Pas (4)
WP KUALA LUMPUR (11): BN (2), DAP (5), PKR (4)
WP PUTRAJAYA (1): BN (1)
WP LABUAN (1): BN (1)
NEGERI SEMBILAN (8): BN (5), DAP (2), PKR (1)
MELAKA (6): BN (4), DAP (1), PKR (1)
JOHOR (26): BN (21), DAP (4), PKR (1)
SABAH (25): BN (22), DAP (2), PKR (1)
SARAWAK (31): BN (25), DAP (5), PKR (1)

Keputusan telah pun diumumkan dan Barisan Nasional telah diberikan mandat sekali lagi untuk menerajui Malaysia. Walau bagaimanapun, jangan kita leka kerana matlamat kita untuk menang selesa belum lagi tercapai. Jentera BN perlu bersiap sedia daripada sekarang demi memastikan kemenangan mutlak milik BN pada PRU-14. AMIN!!

Ahad, 5 Mei 2013

#GE 13 CHUA JUI MENG TEWAS DI SEGAMAT

TEWAS
PKR mengumumkan Calon mereka Dr.Chua Jui Meng tewas di Segamat kepada Datuk Dr. S. Subramaniam. Namun, Pakatan masih mendahului di Gelang Patah, Kulai, Tebrau dan Pulai. Pengiraan masih berlangsung.

Walaubagaimanapun, laporan awal menunjukkan BN mengekalkan pemerintahan di negeri Johor.

Sumber:mymassa

#GE 13 ANWAR MINTAK TOLONG JANGAN BAWAK LARI JAWATAN PM





SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat (PR) telah memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Proses pengiraan undi sedang berlangsung.

Sehubungan itu kata Anwar, beliau berharap Umno dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak "melarikan" kemenangan mereka itu.

"PR telah menang. Kami menggesa Umno dan SPR supaya tidak membawa lari keputusan," katanya menerusi akaun twitter sebentar tadi.

*HADOI ANWAR,.PERASAAN LA KAU N. KIRA UNDI PUN BELUM HABIS LAGII!!