Sabtu, 19 Januari 2013

Siapa Yang Didekati Nih??? Cuba Jawab.....


Berita | Usaha dekati Non Muslim dapat penghargaan Pemuda

(Sumber: http://www.selatanonline.net/ )

SIMPANG RENGGAM – Sebanyak tiga Kawasan telah diberi penghargaan daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) kerana inisiatif mereka mendekati kaum bukan Islam.

Penyampaian cek bernilai RM500 disampaikan ketuanya, Suhaizan Kayat dalam satu majlis ringkas selepas beliau mempengerusikan mesyuarat bulanan Exco DPPNJ ke 17 di pejabatnya, Taman Renggam Jaya, dekat sini, semalam.

Tiga kawasan yang dinyatakan ialah Muar, Pulai dan Simpang Renggam. Masing-masing telah diwakili ketua pemudanya, Mohd Faizul Salleh, Shamsul Anuar Har dan Ustaz Mohd Khalid Salikan.

Menurut Shamsul, ketua Pemuda Pulai, pihaknya menjalinkan hubungan dengan kaum Cina kira-kira setahun yang lalu dan ia membuahkan hasil hingga berjaya mengumpulkan seramai 500 orang dalam satu majlis Hi Tea di Taman Desa Rahmat baru-baru ini.

Katanya lagi, selain bertujuan memberi penjelasan tentang Islam, majlis ramah mesra itu turut dihadiri pimpinan besar seperti YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS, Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor dan Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor.

“Lebih setahun kami buat kerja mendekati mereka. Alhamdulillah, majlis itu mendapat sambutan yang menggalakkan bila melihatkan penyertaan yang begitu ramai.

“Malah, respon yang kami terima cukup baik membuatkan ia menjadi motivasi buat kami untuk bekerja bersungguh-sungguh,” katanya yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Kempas.




Cube lihat gambar nih? Siapa yang berjaya dekati siapa??

Wajah Pengedar Bible Di Pulau Pinang Didedahkan. Mana Perginya Suara PAS Sebagai Parti Islam?




Kejadian ini berlaku di hadapan Sek. Men. Jelutong, Pulau Pinang. Sudah2lah...!! Asik nak membohong ajerr yekk!!


Sumber : Persatuan Mukabuku Pulau Pinang http://www.facebook.com/photo.php?fbid=197203227091167&set=a.141264379351719.42629.139656542845836&type=1&ref=nf


Di bawah ini juga hasil daripada kejayaan Pemuda-pemuda Pas mendekati Non-Muslim....

 
 
 
* Ya Allah, Ya Tuhanku, Engkau bukakanlah hati Puak-puak Pas ini agar sedar yang mereka ini sedang ditipu oleh DAP Jahanam.


Rosmah Mansor : Saya Bersumpah.. Saya Tiada Cincin Itu 17/1/2013

Isteri kepada YAB Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berani bersumpah yang beliau tidak memiliki Cincin yang dikatakan oleh Pembangkang. Tahniah Datin Seri!!





Namun begitu, rasa-rasa koranglah.... Wan Azizah berani ker bersumpah tentang jam tangan Omega???




 
Mari kite fikir-fikir kan...
 
 
 
 

Patrick Teoh Anti-Islam - Tok Guru Terlupa Bagi Tarbiyah ker?



Berikut ialah kenyataan berani mati Patrik Teoh ke atas kaum Muslimin di Malaysia. JohorBahruKini tertunggu-tunggu respon puak2 Pas tentang isu ini. Iyelah kan, katanya Parti Islam Se-Malaysia. Takkan dok senyap ajer??? Atau pon, dapat restu Tok Guru?? Tapi rasa2nya, Tok Guru tak seteruk itu....
 

Jadi, puak2 Pas yang berkopiah2 nih, tunjukkan lah kemarahan kamu, Patrick Teoh nih org kuat korang kan?
 
Menurut Datuk Dr Hassan Ali,

"Saya cenderung mempercayai bahawa perubahan yang agak mendadak dari segi pemikiran dan sikap Patrick Teoh itu adalah disebabkan oleh penglibatan beliau dalam dunia politik akhir-akhir ini.
"Beliau dikatakan terlibat secara langsung dalam program-program politik anjuran DAP. Sesetengah pimpinan DAP memberi sanjungan yang tinggi terhadap Patrick Teoh sehingga beliau dikatakan berpotensi besar untuk menjadi ahli politik yang berwibawa," katanya melalui satu kenyataan media kelmarin.
 
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata jangan haraplah abang Patrick. Mohon lah maaf bagaimanapun, sujudlah anda, ciumlah kaki sesiapa pun, tetapi yang anda hina bukan satu-dua orang, namun seluruh umat Islam di Malaysia. Ternyata didikan DAP yang lantang bersuara mengenai keagamaan terutamanya isu kalimah Allah, kini terpalit kepada penyokong-penyokong mereka. Sindrom keberanian menghina ini datang dari keterbukaan serta dasar biadap DAP yang jelas mempermainkan Islam hanya kerana Parti Islam Se-malaysia (PAS) sealiran dengan mereka. Harus mereka ingat PAS itu hanya sebuah parti yang mewakili sekelompok penyokong parti, bukannya mewakili seluruh umat Islam se-Malaysia. Marilah kita bersatu dan mempertahankan kedaulatan Agama Islam serta survivaliti bangsa Melayu kita.