Sabtu, 19 Januari 2013

Siapa Yang Didekati Nih??? Cuba Jawab.....


Berita | Usaha dekati Non Muslim dapat penghargaan Pemuda

(Sumber: http://www.selatanonline.net/ )

SIMPANG RENGGAM – Sebanyak tiga Kawasan telah diberi penghargaan daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) kerana inisiatif mereka mendekati kaum bukan Islam.

Penyampaian cek bernilai RM500 disampaikan ketuanya, Suhaizan Kayat dalam satu majlis ringkas selepas beliau mempengerusikan mesyuarat bulanan Exco DPPNJ ke 17 di pejabatnya, Taman Renggam Jaya, dekat sini, semalam.

Tiga kawasan yang dinyatakan ialah Muar, Pulai dan Simpang Renggam. Masing-masing telah diwakili ketua pemudanya, Mohd Faizul Salleh, Shamsul Anuar Har dan Ustaz Mohd Khalid Salikan.

Menurut Shamsul, ketua Pemuda Pulai, pihaknya menjalinkan hubungan dengan kaum Cina kira-kira setahun yang lalu dan ia membuahkan hasil hingga berjaya mengumpulkan seramai 500 orang dalam satu majlis Hi Tea di Taman Desa Rahmat baru-baru ini.

Katanya lagi, selain bertujuan memberi penjelasan tentang Islam, majlis ramah mesra itu turut dihadiri pimpinan besar seperti YB Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS, Mazlan Aliman, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor dan Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor.

“Lebih setahun kami buat kerja mendekati mereka. Alhamdulillah, majlis itu mendapat sambutan yang menggalakkan bila melihatkan penyertaan yang begitu ramai.

“Malah, respon yang kami terima cukup baik membuatkan ia menjadi motivasi buat kami untuk bekerja bersungguh-sungguh,” katanya yang juga Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Kempas.




Cube lihat gambar nih? Siapa yang berjaya dekati siapa??

Wajah Pengedar Bible Di Pulau Pinang Didedahkan. Mana Perginya Suara PAS Sebagai Parti Islam?




Kejadian ini berlaku di hadapan Sek. Men. Jelutong, Pulau Pinang. Sudah2lah...!! Asik nak membohong ajerr yekk!!


Sumber : Persatuan Mukabuku Pulau Pinang http://www.facebook.com/photo.php?fbid=197203227091167&set=a.141264379351719.42629.139656542845836&type=1&ref=nf


Di bawah ini juga hasil daripada kejayaan Pemuda-pemuda Pas mendekati Non-Muslim....

 
 
 
* Ya Allah, Ya Tuhanku, Engkau bukakanlah hati Puak-puak Pas ini agar sedar yang mereka ini sedang ditipu oleh DAP Jahanam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan