Khamis, 18 April 2013

PKR MAKIN JAHANAM....Azmin Ali Bergaduh Dengan Anwar Ibrahim.


PKR semakin bergelut dengan krisis pengagihan kerusi sehingga mencetuskan pertikaian terbuka Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali

Anwar Ibrahim sudah boleh melupakan impian ke Putrajaya setelah Azmin Ali yang mengetuai Jawatakuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) PKR ... MENCANTAS senarai calon yang dikemukakan oleh Majlis Pimpinan Negeri dengan MELETAKKAN calon pilihan beliau untuk bertanding dalam pilihanraya umum ke-13.

Anwar cukup tidak suka dengan UGUTAN pemimpin dan akar umbi parti (khususnya di Selangor, Perak dan Pahang) untuk memulau PKR pada PRU ke-13 kerana tidak puas hati dengan calon yang diumumkan oleh Azmin.

Khalid Ibrahim DICAMPAK Azmin Ali jauh ke Pelabuhan Klang. Wan Azizah DIHALANG bertanding dan sekadar menjadi 'POM-POM GIRL' PKR untuk menagih sokongan dan undi. Ketua PKR Pasir Salak, Ahmad Taufik Hassan keluar daripada parti itu kerana tidak bersetuju dengan pemilihan calon mengikut kuasa veto Azmin. Akar umbi PKR Kapar MENGAMUK dengan tindakan Azmin dan Sivarasa memilih KRONI untuk mewakili parlimen tersebut.

Anwar sebelum ini TERPAKSA batalkan ceramah di Segamat untuk mempengerusikan MESYUARAT TERGEMPAR JPRP di Tropicana semalam. Teruk juga Azmin DIBELASAH (bukan belasah belakang) Anwar dalam mesyuarat tersebut.

Tup Tup, Hari Ini ... seperti berita di bawah ini, klik link disini:


Jadi fahamlah kita mengapa Anwar TERPAKSA PONTENG beberapa ceramah perdana Pakatan Rakyat dalam seminggu dua ini. Anwar sedang bertekak dengan Azmin. 

Ceramah di Segamat ... OUT, Ceramah di Putrajaya ... OUT, Program Desa Pinggiran Putra ... OUT, Program Telok Panglima Garang ... OUT.

Teruk juga Anwar dikerjakan oleh Azmin. Penyokong-penyokong PKR lepas ni bolehlah tutup bilik gerakan. Kang ada yang bergaduh diantara puak Anwar dan puak Azmin.




 UNDILAH BARISAN NASIONAL.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan