Sabtu, 27 April 2013

PANAS!! Nik Aziz Diperguna Lancar Surat Sokongan Syeikh Dr. Yusof Al Qardhawi Terhadap Anwar Ibrahim Untuk Menjadi Perdana Menteri



SHAH ALAM – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melancarkan surat terbuka Ketua Ijtihad Ulama Dunia, Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi yang mengiktiraf Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai layak memerintah Malaysia.

 Pelancaran itu disempurnakan Nik Aziz pada majlis anjuran calon PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, di pekarangan Apartment Pantai Permai, semalam. Di dalam surat tersebut, Yusuf disebut sebagai berkata Anwar paling layak menjadi perdana menteri.

 Menurut surat itu, ulama itu berkata, berdasarkan sejarah, kebijaksanaan, kesabaran, kecekalan dan sokongan rakyat pelbagai kaum, Anwar layak memimpin negara ini.

 “Beliau adalah orang yang paling layak menduduki kerusi kepimpinan ini, paling layak untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan bernegara yang cukup penting bagi membangunkan Malaysia dan memajukannya dari semua sudut,” surat itu menyebut.

 Sebelum ini, Perkasa mendakwa pihak pembangkang akan berusaha mengelirukan rakyat negara ini menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dengan menyebarkan kira-kira satu juta risalah, kononnya Anwar mendapat sokongan Yusuf untuk menjadi perdana menteri.

 Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Nordin berkata, pihaknya telah mendapat salinan risalah tersebut yang antara lain, mengandungi isi surat sokongan Yusuf bertarikh 2 Mac lalu, yang dipercayai palsu. 

Komentar KP: Apa yang selama ini telah dijangka akhirnya terjadi juga apabila PKR dengan terdesaknya melancarkan risalah surat palsu sokongan Syeikh Dr. Yusof Al Qardhawi yang mana dilancarkan sendiri oleh Nik Aziz. Tak sangka dengan semudah ABC Nik Aziz diperguna untuk memperbodohkan rakyat Malaysia dengan kewujudan surat palsu sedemikan.Baca di sini telahan dakwaan dariPERKASA berkenaan wujudnya surat palsu sedemikian. 

Anwar terpaksa menggunakan jalan terakhir untuk membersihkan dirinya dengan menggunakan sokongan Ulama besar dari luar negara untuk mempengaruhi undi terhadap beliau.Ianya ibarat,seorang yang hendak meminta kerja yang memerlukan surat sokongan untuk membantu beliau mendapat kerja.Tidak pernah ada dalam sejarah dunia bakal PM minta surat sokongan luar untuk sokong beliau jadi PM. Dr. Muhammad Morsi dahulupun masa nak jadi Presiden Mesir tak perlu minta pun surat sokongan daripada Syeikh -Syeikh Ulama daripada Al Azhar sedangkan kita tahu rakyat Mesir sangat menghormati ketinggian ilmu dan pandangan Ulama-ulama Al Azhar .

Jadi,rakyat Malaysia perlu lihat bahawa ini semua permainan politik Anwar dan Dato' Seri Najib tidak perlu pun minta surat sokongan daripada ulama besar luar negara untuk menjadi PM sedangkan jika dilihat ramai Ulama besar dari timur tengah dan dari pelbagai negara memuji pentadbiran dibawah Najib kerana membawa Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang maju dan terkehadapan berbanding negara-negara Islam yang lain dari segi politik,ekonomi,dan lain -lain berteraskan Islam 


Sumber: Keris Pusaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan