Ahad, 21 April 2013

PAKATAN KATANYA# PR KINI PECAH DAN RETAK SERIBU ???



Lonjakan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional semakin ketara.Sejak pengumuman pembubaran Dewan Rakyat pada 3 April lalu serta penyerahan watikah kepada calon-calon samada bagi peringkat parlimen atau dewan undangan negeri,mood atau gerakrasa rakyat amat dirasai menyebelahi BN.Ini berdasarkan kepada beberapa faktor antara lain Aku Janji BN yang bukan sahaja berfungsi sebagai manifesto tetapi menjangkau ikatan janji kerajaan BN untuk terus memakmurkan negara dan rakyat melalui dasar, program,perancangan yang telah,sedang dan akan dilaksanakan sepanjang tempoh lima tahun akan datang.Ketokohan serta kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam mendepani dan memimpin pelaksanaan program transformasi telah terbukti kejayaannya melihat kepada respons rakyat daripada setiap lapisan masyarakat.Rasa puas hati dan seronok di kalangan rakyat yang benar-benar mendapat pelbagai bentuk bantuan serta pertolongan daripada kerajaan adalah bukti kukuh penerimaan baik segala program yang telah diimplementasikan.Selain itu,rakyat juga telah sedar kemelut berpanjangan di antara PKR, Pas dan Dap terutamanya dalam isu pengagihan kerusi merupakan bukti jelas tidak ada muafakat dan kerjasama yang ikhlas dan berpanjangan seperti BN.BN telah mengambil masa yang lama meneliti setiap bakal calon yang berpotensi mewakilinya pada Pilihan Raya Umum ke 13 berdasarkan kepada templat atau formula yang telah digunapakai pada pilihan raya sebelumnya. BN mahu memastikan sebagaimana tegas Perdana Menteri bahawa calon yang dipilih adalah ‘winnable’ atau boleh menang dan bukannya calon angkat muat atau ala kadar. 

Keadaan inilah yang sedang melanda pakatan pembangkang sekarang di mana berlaku perselisihan dan konflik yang parah dalam isu penbahagian kerusi.Setiap parti pembangkang mahu muncul sebagai parti yang paling banyak merangkul kerusi parlimen dan DUN bagi calon mereka dan ini menyebabkan pergaduhan hebat di peringkat bawahan.Demonstrasi demi demonstrasi dilakukan kerana ahli-ahli parti tidak menyetujui pilihan pucuk pimpinan atasan berhubung pemilihan calon.ini menyebabkan jentera pilihan raya pembangkang di banyak kawasan terjejas teruk malah ada operasi bilik gerakan telah ditutup terus.Pemimpin-pemimpin pembangkang juga bertempiaran meninggalkan kawasan yang pernah mereka wakili dahulu pada PRU 2008.Atas nama strategi politik sekali pun, tindakan mereka jelas menunjukkan pemimpin pembangkang hanya mementingkan kerjaya dan masa depan karier politik mereka sahaja sementara rakyat hanya dijadikan alat untuk mendapat undi dan kuasa. Tindakan pemimpin veteran Dap, Lim Kit Siang berserta beberapa tokoh parti itu ang berhijrah ke Johor kononya untuk menawan negeri itu dilihat sebagai perbuatan harakiri yanbg bakal menguburkan parti. Mungkin Dp sidah berasa terlalu angkuh, besar kepala dan mempunyai keyakinan terlalu tinggi untuk menawan negeri kelahiran UMNO itu tetapi jalannya amat sukar sekali. 

Kit Siang mengkritik MCA kerana kononnya parti itu tidak berani berdepan dengannya tetapi hakikatnya beliau sudah gugup daripada awal untuk bersaing dengan Menteri Besar Johor sebagai calon.Begitu juga dengan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim yang masih bergelut dengan masalah serius pertentangan dalaman parti berhubung calon pilihan beliau dan semalam di ceramah beliau menipu rakyat kononnya semua  pembahagian kerusi adalah adil.adil apanya kalau semua dah masuk bebas ??? PKR kini bergolak terutamanya di Sabah dan Sarawak kerana isu calon dan sudah ada indikasi akan berlaku pertandingan tiga atau empat penjuru jasil rasa tidak puas calon-calon pembangkang yang tidak terpilih.Pas juga tidak terkecuali daripada menghadapi masalah dalaman parti menjelang hari mengundi pada 5 Mei depan.Musyidul Am,Nik Aziz Nik Mat dilihat sebagai liabiliti besar kepada Pas walaupun beliau disanjung oleh sesetengah ahli parti.Sokongannya terhadap Anwar secara membabi buta dan fanatik sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang menyebabkan rasa tidak puas sebilangan besar anggota dan pimpinan Pas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan