Ahad, 21 April 2013

BONGKAR# SIAPA KATA MEREKA BERSIH???

DAP - PENYELEWENGAN NGA KOR MING 

Selepas 42 hari BN di kalahkan oleh DAP di Perak, syarikat ETHAN & ELTON milik isteri Nga Kor Ming, iaitu Wong Seow Ching mengambil kesempatan ke atas peluang kemenangan DAP di Perak. 

Adalah difahami jika sebuah syarikat menang tender terbuka melalui proses bidaan dengan harga yang tinggi kerana syarikat itu dapat memberi kualiti yang tinggi ke atas barangannya, tetapi syarikat Ethan & Ethon baru saja di daftarkan 42 hari selepas piliharaya (March 2008). Syarikat itu turut serta dalam Tender terbuka untuk membekalkan pakaian "Lounge Suit" untuk ahli-ahli Majlis Bandaraya Ipoh.

Agak pelik dan tidak logik bagaimana juga syarikat yang baru menapak selama 42 hari tanpa sebarang rekod reputasi, dan pengalaman, juga keuntungan besar, menjadi pembekal yang menawarkan sebutharga paling tinggi jika dibandingkan dengan 5 syarikat yang lain yang lebih lama dan yang juga bersaing merebut tender terbuka tersebut.

Sebut harga sebanyak RM 650 untuk sepasang baju adalah antara bidaan paling mahal untuk mendapatkan tender tersebut. Dan syarikat tersebut mendapat kontrak sebanyak RM 14 , 400 untuk projek tender tersebut.

Walau bagaimanapun, Nga dan syarikat itu tidak cuba untuk menjelaskan tentang isu sama ada kerajaan negeri mengarahkan Majlis Bandaraya Ipoh untuk menganugerahkan tender tersebut kepada Ethan & Elton, seperti yang dinyatakan dalam "council meeting's minutes" . Sebaliknya, Nga memberi alasan paling lucu dimana mengatakan isteri beliau hanyalah "sleeping partner" syarikat tersebut. Ironinya, isteri Nga adalah pemilik syarikat tersebut tapi dikatakan "tidur" sepanjang masa. Patutlah nak minta pertolongan suami tercinta :P




Tiada ulasan:

Catat Ulasan