Rabu, 17 April 2013

LIM KIT SIANG KETAKUTAN

ANWAR (PKR) & MAHATHIR DAN MELAYU MAHU BUNUH POLITIK SAYA DI GELANG PATAH
Dengan nada ketakutan dan sedikit menggigil, Lim Kit Siang menuduh pencabarnya di kerusi Parlimen Gelang Patah - Datuk Seri Abdul Ghani Othman - menjadi proksi kepada agenda bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk 'menguburkan' kerjaya politik pemimpin veteran DAP itu dalam pilihan raya umum akan datang.
Lim Kit Siang meluahkan kemarahannya, mendakwa keputusan untuk mencalonkan Ghani menentangnya adalah sebahagian daripada "usaha yang sangat jelas dan sistematik untuk memulihkan Mahathirisme", yang diketuai oleh bekas perdana menteri itu sendiri.

Lim Kit Siang dengan bahasa terketar-ketar berkata, "Ghani adalah proksi Mahathir dalam agenda untuk 'menguburkan' saya di Gelang Patah, dengan Ghani menjadi standard untuk memulihkan Mahathirisme di Malaysia."

Dengan pura-pura menunjukkan keberaniannya, Lim Kit Siag berkata demikian ketika "menjemput" Ghani untuk siri tujuh perdebatan awam - yang pertamanya akan diadakan sebelum hari penamaan calon pada 20 April - mengenai pentingnya pilihan raya umum ke-13 kepada Johor dan Malaysia.

Siri perdebatan tersebut, kata Lim, merupakan pengganti paling sesuai untuk cabarannya kepada Mahathir sebelum ini untuk siri perdebatan 22 tahun Mahathir menjadi perdana menteri.

Semalam Ghani menafikan bahawa pencalonannya bertanding di Gelang Patah bertujuan untuk "menguburkan" kerjaya politik Lim, tetapi sebaliknya menegaskan ia merupakan satu usaha mempertahankan apa yang Johor telah dicapai, termasuk keharmonian kaum.

Sumber: MyMassa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan