Khamis, 18 April 2013

Fakta yang buat Lim Guan Eng tampal plaster lagi atas dahi!!



Pemimpin dan pencacai Pakatan Haram, terutamanya DAP suka membandingkan negara kita dengan Singapura. Katanya, Malaysia tidak semaju Singapura kerana diperintah oleh pemimpin Islam UMNO. Kecur air liur mereka membayangkan, sebuah negara sebesar Malaysia dapat mereka perhambakan rakyat majoritinya sambil menikmati hasil negara yang mewah untuk diagih-agihkan kepada kelompok kaum mereka sahaja. PRU-13 ini menjadi titik tolak kepada merealisasikan usaha ini sekiranya orang Islam di negara ini terus menerus berpecah belah sesama sendiri.

Namun, benarkah dakwaan mereka yang orang Melayu tidak mampu menguruskan negara sendiri? Membandingkan pentadbiran sebuah "bandar" seperti Singapura dengan sebuah negara luas yang mempunyai dua wilayah yang terpisah seperti Malaysia amatlah tidak adil! Agak-agaknya, jika keluarga LIM dan LEE lihat bukti statistik di bawah ini, demam terkujat mereka seminggu!


Jelas terbukti BN berjaya mentadbir negara jauh lebih baik daripada negara "bandar" seperti Singapura. Hutang mereka DUA KALI GANDA lebih banyak daripada Malaysia walaupun negara mereka jauh lebih kecil daripada negeri terkecil di Malaysia sendiri! Itupun hutang untuk memastikan kebajikan rakyat terus terbela. Yang Singapura hutang banyak-banyak ini pula untuk apa, jika dasar subsidi untuk rakyat pun tiada?



Jadi, mengapa penyokong dan pemimpin Pakatan begitu ghairah membandingkan negara tercinta kita dengan jiran seberang tambak ini?

Patutlah mudah sangat Ketua Umum Pakatan mahu menjual Sabah kepada pengganas Sulu, rupa-rupanya mereka ini semua bukan rakyat jati negara ini pun. Malah, rangkap kedua Lagu Negaraku pun mereka tidak boleh hayati kerana mereka ini sebenarnya tiada kaitan langsung dengan Malaysia selama ini! Kalau sebelum ini, Pakatan begitu bersungguh menuduh UMNO akan menggunakan pengundi hantu (warga asing) untuk menang PRU ini, bagaimana pula dengan Pakatan yang pemimpin sendiri pun WARGA ASING?!!

Jika negara idola Pakatan pun tampak GAGAL diurus, apakah kita mahu "bereksperiman" dengan menyerahkan nasib dan masa depan anak-anak kita kepada warga-warga asing ini?

Sumber:mymassa


Tiada ulasan:

Catat Ulasan