Isnin, 22 April 2013

HADI DAKWA CALON PKR KAKI GANJA, PENGIKUT SYAITAN


Hadi Awang DAKWA calon PKR mempunyai masalah moral dan ada juga yang dikaitkan dengan idealisme 'Marxisme'



PAS tetap meletakkan calon mereka di tujuh kerusi yang ditandingi sekutu mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah bagi 'menyelamatkan pakatan pembangkang' kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi mendakwa PAS mendapati calon yang diletakkan oleh PKR di beberapa kerusi berkenaan mempunyai masalah moral dan ada juga yang dikaitkan dengan idealisme 'Marxisme'

"PAS mahu menyelamatkan Pakatan kerana kami tidak mahu insiden yang berlaku di Perak berulang lagi, apabila kita hanya dapat memerintah sebuah negeri dalam tempoh yang singkat bila ada ahli berpaling tadah.

"Kita mendapat maklumat salah satu calon adalah pengedar yang menjual dadah jenismethamphetamine. Kami (PAS) tidak boleh bekerjasama dengan calon seperti ini.

"Kita juga tahu salah satu calon turut dikaitkan dengan ideologi Marxisme dan poster tokoh-tokoh Marxis seperti Karl Marx, Joseph Stalin dan Valdimir Lenin turut digantung di bilik gerakan mereka.

"Saya tidak akan mengumumkan siapa mereka namun PAS tidak boleh bekerja dengan orang seperti mereka," kata Abdul Hadi dalam ceramah di Kg Tebakang lewat malam Ahad.

Beliau menambah PAS juga membuat keputusan di saat-saat akhir untuk meletakkan calon di Panti, Johor apabila calon PKR hanya muncul 10 minit sebelum proses penamaan calon berakhir.

"Kita mahu mengelakkan Barisan Nasional (BN) daripada menang tanpa bertanding sebab itu kita masuk dan meletakkan calon kita sendiri," katanya.


Sumber: http://networkedblogs.com/Kwp4t

Tiada ulasan:

Catat Ulasan