Isnin, 29 April 2013

#GE 13 MEDIA SINGAPURA BANTU PR BUKTI KUKUH HUBUNGAN DAP-PAP?


pap1
Sebelum ini pernah didedahkan penglibatan secara serius parti PAP Singapura apabila memberi bantuan kewangan dan juga jentera untuk mempertahankan regim DAP Pulau Pinang.
Puluhan juta disalurkan kepada DAP,menurut sumber  sekarang ini ratusan ahli PAP sudah tiba sejak 2 minggu lepas dan setiap peti undi yang ditandingi oleh DAP akan diawasi dan dibantu oleh ahli parti PAP Singapura. Campur tangan Singapura didalam pilihanraya negara kita cukup besar peranannya. Bukan saja wang ringgit dan kakitangan, mereka juga turut mengerakkan jentera propaganda untuk membantu kelangsungan pemerintahan regim DAP di Pulau Pinang.

2 hari lepas  Liew Yeow Hooi, Calon parti PCM N28 Komtar telah ditemubual oleh Liew Fan Chyi wartawan Singapore Press . Temuramah dibuat di Evergreen Laurel Hotel di Gurney Drive.

Liew turut  ditemani oleh Ng Weng Lok Ketua PCM Bahagian Timur Laut ,apa yang menarik didalam temuramah ini,Wartawan Singapore Press ini telah menyatakan dasar dasar yang dilaksanakan oleh Lim Guan Eng adalah baik untuk Pulau Pinang dan seluruh masyarakat Cina. Namun Yeow Hooi dengan tegas menafikan perkara tersebut sebaliknya beliau berkata Lim Guan Eng hanya pandai cakap tetapi tidak mampu untuk laksanakan dasar tersebut.

Tambah Yeow Hooi lagi, Lim Guan Eng hanya tahu memburukkan kerajaan BN tetapi tidak pula beliau pernah menceritakan kebaikkan BN seperti pendidikan serta perubatan dengan kos yang percuma dan minimun dimana kerajaan Singapura sendiri tidak dapat sediakan perkhidmatan seperti itu kepada rakyatnya.

Wartawan Singapura itu menjadi kaget dan tidak mampu mempengaruhi Yeow Hooi, menurut sumber DAP wartawan tersebut sebelum ini telah menemubual Lim Guan Eng dan telah mendapatkan butiran mengenai dasar dasar yang kononnya dilaksanakan oleh regim DAP.
Sebenarnya tujuan wartawan tersebut menemui Yeow Hooi adalah untuk mempertikaikan kenapa PCM mahu menentang DAP sedangkan dasar DAP itu kononnya amat baik. Ternyata niat wartawan tersebut gagal untuk mempengaruhi Yeow Hooi, selepas pertemuan itu tamat, wartawan ini terus ke ibu pejabat DAP negeri . 
Ini belum dikira publisiti meluas yang diberikan kepada PR oleh media elektronik Singapura. Jika anda duduk di sekitar Johor yang mendapat siaran televisyen Singapura, pasti anda tahu. Anwar disanjung, Nurul Izzah digelar "Puteri Reformasi" dan liputan Kit Siang berkempen di Gelang Patah dihebah secara besar-besaran membuktikan betapa 'kukuhnya' ikatan pakatan haram ini dengan pihak pemerintah Singapura, PAP. 
Sumber:pisau.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan