Isnin, 29 April 2013

#GE 13 LAGI KES PENYOKONG BN DIBELASAH


gambar hiasan
Keganasan penyokong PAS memang tidak dapat dinafikan lagi. Ganas mereka dan lagak mereka semakin ketara apabila melibatkan kawasan yang mereka kuasai seperti Tanjong Dawai. Seolah-olah mereka tidak lagi tertakluk dengan sebarang undang-undang di negara ini. Sesiapa sahaja yang dilihat atau disyaki tidak menyokong PAS atau Pakatan Rakyat, akan dimusuhi kalau tidak pun dibelasah atau dibunuh. 
Dan sememangnya, gelagat serta sikap yang ditunjukkan oleh para penyokong PAS itu sebenarnya adalah galakan daripada para pemimpin mereka. Para pemimpin PAS pula terdiri daripada golongan yang tidak mempunyai otak, tidak mematuhi peraturan, bahkan berasakan mereka lebih hebat daripada undang-undang di negara ini. 
Semakin dekat dengan hari pengundian, sikap para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat semakin tidak keruan. Mereka bukan sahaja bertindak di luar batasan, sebaliknya mula melakukan provokasi agar keganasan dapat dicetuskan dan kekacauan berlangsung dalam negara ini. Sekaligus membolehkan kuasa asing masuk ke negara ini dan melakukan penjajahan, sama ada dari segi fizikal, minda mahupun ekonomi dan sosial. 
Selepas beberapa hari penyokong PAS menerajang seorang budak lelaki berusia 11 tahun dan menghenyaknya di dalam parit tali air di utara Kedah hanya kerana budak lelaki tersebut menyatakan, Barisan Nasional akan menang, satu lagi keganasan dilaporkan berlaku di Tanjong Dawai pula. 
Tanjong Dawai yang pernah menyaksikan wakil rakyat paling pemalas dari PAS, Hamdan Che Khalib yang kini tidak lagi dicalonkan, gagal membangunkan Tanjong Dawai, sebaliknya berjaya melahirkan ramai pengganas.
Dalam kejadian semalam, Sofian bin Abidin, 30 dari Kampung Segantang Garam, telah menjadi mangsa keganasan para penyokong PAS. 
Kejadian berlaku lebih kurang jam 7:45 malam di pekan Tanjong Dawai. Mangsa ketika itu dalam perjalanan ke pekan tersebut dengan menaiki kereta bersama-sama seorang kawan dan anaknya. Ketika di pekan Tanjong Dawai, kereta yang dinaikinya telah berselisih dengan sekumpulan penyokong PAS dan PKR yang turut menaiki kereta dan menunggang motosikal. Jumlah penyokong PKR dan PAS adalah lebih kurang 200 orang. 
Ketika tiba di pekan Tanjong Dawai, Sofian telah ditahan oleh penyokong PKR dan PAS seramai 30 orang. Mangsa kemudiannya ditumbuk pada bahagian dada dan pipi sebelah kanannya. Mereka juga cuba mengoyak dan menanggalkan baju BN yang dipakai Sofian. Tidak cukup dengan itu, para penyokong PKR dan PAS itu kemudian menarik kawan Sofian dan cuba menanggalkan baju BN yang dipakainya.
Campurtangan beberapa orang penduduk yang menyaksikan kejadian tersebut, membuatkan para penyokong PKR dan PAS itu berlalu. Bagaimanapun, sebelum mereka pergi, mereka sempat menendang lampu isyarat sebelah kanan dan pintu kereta sebelah kiri pemandu.
Semuanya berpunca kerana mangsa dan rakannya memakai baju BN dan dikenalpasti sebagai penyokong BN!
Pihak polis sedang melakukan siasatan di bawah Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan