Ahad, 28 April 2013

#GE 13 HUDUD PAS TIDAK AKAN TERJADI SAMA SEKALI-USTAZ MOHAMMAD ZAINAL ABIDIN



Pengerusi Minda Pondok, Ustaz Mohammad Zainal Abidin Awang kelmarin menempelak PAS kerana masih menggunakan isu hudud untuk membohongi rakyat.

Beliau yakin PAS tidak akan melaksanakan hudud walaupun Pakatan Pembangkang berjaya mentadbir Malaysia.

Beliau menyatakan PAS pernah menandatangani perjanjian pada 18 Disember 2009 bersama PKR dan DAP mempersetujui bahawa negara Islam dan hudud tidak akan dilaksanakan, dan perkara itu telah dipersetujui oleh Nik Aziz.

Beliau juga berkata Nik Aziz pernah menghadiri Persidangan Gereja-gereja di Petaling Jaya pada Mei 2000 dan memberi jaminan kepada paderi-paderi kanan bahawa PAS tidak akan melaksanakan negara Islam dan hudud jika PAS memerintah.

Turut dipersoalkan adalah mengapa agenda pelaksanaan hudud tidak dimasukkan ke dalam Buku Jingga dan Kelantan masih lagi tidak melaksanakan hudud walaupun sudah 23 tahun diperintah PAS sedangkan Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan pernah berkata bahawa hudud adalah bidangkuasa kerajaan negeri.

Kerajaan negeri juga sepatutnya menyediakan persiapan sebelum melaksanakan hudud dan PAS langsung tidak bersedia dari sudut itu.

Tindakan PAS terus mempertahankan pendirian bahawa mereka tetap akan melaksanakan hudud dilihat sebagai satu pembohongan semata-mata tanpa menyedari bahawa PAS adalah parti kerdil dalam Pakatan Pembangkang.




Beliau memberi komen mengenai hudud selepas menyampaikan ceramah di hadapan Markas BN PDM Pasir Tok Kambing yang dihadiri sekitar 1000 orang.

Dalam ceramah tersebut, beliau mengkritik hebat kepimpinan Nik Aziz dan kerajaan PAS Kelantan yang dilihat gagal membangunkan Kelantan.

Beliau mendedahkan satu persatu kenyataan Nik Aziz yang boleh disifatkan wahabi dan mengelirukan umat Islam serta boleh menjejaskan aqidah.

Beliau menayangkan bukti-bukti video melalui paparan skrin besar untuk menyokong segala kritikannya terhadap Nik Aziz.

Rakyat Kelantan diseru untuk menolak ulamak politik seperti Nik Aziz yang dilihat lebih berperanan memecahbelahkan dan mengelirukan umat Islam.

Beliau juga mempertikaikan tindakan PAS bergabung bersama DAP yang dahulunya mereka label sebagai syaitan, dan dalam masa yang sama menolak perpaduan bersama UMNO.

Ceramah itu juga dihadiri oleh Ketua Pemuda UMNO Negeri Kelantan yang juga merupakan calon P024 Parlimen Kubang Kerian, Hj. Anuar Hj. Safian.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan