Khamis, 18 April 2013

ANWAR TAK HADIR CERAMAH 2 KALI BERTURUT-TURUT



Al-Juburi aka Anwar Ibrahim semalam sekali lagi gagal muncul di pentas ceramah Perdana Pakatan Rakyat atas alasan penting yang tidak dapat dielakkan.
 
Beliau sepatutnya hadir ke ceramah yang turut menampilkan Presiden PAS, Datuk Hadi Awang dan calon Pakatan bagi Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa merangkap calon  Pakatan bagi kerusi Parlimen Putrajaya.
 
Anwar sebelum itu gagal hadir ke ceramah perdana di Segamat, Johor.


Beliau melalui laman Facebooknya berkata "Maaf tidak dapat hadir program di Desa Pinggiran Putra dab Telok Panglima Garang. Ada urusan penting di pejabat yang perlu diselesaikan".
 
Perkembangan itu dilihat ada kaitan dengan dakwaan pergolakan agihan kerusi sehingga mencetuskan pertikaian terbuka antara Anwar dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
 
Azmin yang mempengerusikan Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) dikatakan menukar calon pilihan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tanpa sebarang pemberitahuan.
 
Keputusan itu menyaksikan ahli akar umbi PKR berang sehinggakan ada yang mengugut untuk keluar parti.
 
Di Perak, Ketua PKR Pasir Salak, Ahmad Taufik Hassan keluar daripada parti itu kerana tidak bersetuju dengan pemilihan calon di kawasan Parlimen itu.
 
Di Kapar, beberapa pemimpin tempatan turut mendakwa Azmin dan sekutunya Sivarasa Rasiah memilih “kroni” mereka untuk bertanding di kerusi Parlimen berkenaan.
 
Menurut sumber, Anwar “cukup marah” dengan Azmin kerana krisis itu semakin serius dan bakal menjejaskan lagi peluang PKR pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bulan depan.
 
Malah, kata sumber itu, Anwar kini menimbang keperluan untuk merombak semula senarai calon dalam tempoh 48 jam ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan