Isnin, 22 April 2013

Amaran kepada SPR!!!



Andainya ditakdirkan (nauzubillahiminzalik), jumlah kerusi pakatan haram pembangkang melebihi jumlah kerusi BN, keratan akhbar ini sepatutnya dijadikan panduan kepada semua pegawai SPR yang bertanggungjawab mengumumkan keputusan PRU nanti. Inilah bukti yang Pakatan Rakyat ini TIDAK PERNAH WUJUD dan TIDAK SAH. Jadi tindakan, mengumumkan kemenangan Pakatan Rakyat dengan serta-merta adalah tindakan yang SALAH dan akan dianggap sebagai BERAT SEBELAH!

Kami tuntut SPR supaya mendidik semua pegawainya agar maklum tentang perkara ini dan tidak lagi mengulangi kesilapan PRU 2008 yang lalu! Tolong jangan bawa ideologi anda ketika melaksanakan tugas sebagai pegawai SPR yang NEUTRAL! Kami juga harap insiden-insiden memberikan HINT dan kata-kata perli kepada pengundi yang keliru juga tidak berlaku dalam PRU kali ini. Ingat, Allah SWT itu MAHA MELIHAT!

Sumber: MyMassa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan