Ahad, 10 Mac 2013

PENGGODAM PRO PEMBANGKANG DITANGKAP AKHIRNYA

[DITANGKAP] Sofea Hana Pengodam Web Agensi Kerajaan Ditangkap Polis

Kuala Lumpur – Seorang penggodam komputer yang dikenali sebagai Sofea Hana yang telah diburu Pihak Polis kerana memfitnah Datuk Seri Najib meletak jawatan akhirnya ditangkap di sini, kata polis Bukit Aman petang semalam. 

“Apabila ditanya apa yang dilakukan dengan website tersebut, dia menjawab godaman itu sekadar suka suka ,” kata Timbalan Ketua Polis Bukit Aman, Datuk Azhar Othman Yaakub.


Menurutnya, pihak Suruhanjaya telah mengambil tindakan drastik atas dakwaan memfitnah keterlaluan ke atas Datuk Seri Najib. Menurut sumber, Sofea Hana telah deactivate akaun facebook beliau http://www.facebook.com/sofea.hana.9 selepas mengetahui identitinya sedang dicari pihak berkuasa.

“Dia telah menggodam lebih dari 10 website kerajaan malaysia atas dasar politik. Terdahulu beliau telah mengupload video pendakwah bebas, Ustaz azhar idrus atas dasar politik,” tambah ketua polis tersebut.

Wanita itu Ditahan di lokasi kediaman beliau petang semalam.

Seorang daripada penggodam yang aktif dan popular di dunia siber tanah air, Prince Zorro mendedahkan kegiatan Sofea ini.

“Sofea sememangnya dikenali di kalangan komuniti penggodam tempatan, kerana mempunyai kepakaran tinggi dan diketahui mempunyai sentimen anti-kerajaan yang kuat. Justeru, selagi tidak dibendung dia akan meneruskan perbuatannya,” katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya, hampir kesemua laman web agensi kerajaan amat mudah untuk diceroboh dan ini amat membimbangkan memandangkan sistem keselamatan yang longgar termasuk kecenderungan penggunaan kata laluan yang sama oleh pentadbir laman kerajaan.
“Untuk menceroboh laman web terbabit menggunakan akaun pentadbir, Sofea menggunakan kebolehannya mendapatkan kata laluan dan memasukkan apa saja program yang diingini, malah jika dia mahu dia boleh mengubah keseluruhan reka bentuk laman berkenaan,” jelasnya.
Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Jenayah Komputer 1997 menurut kata Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos ketika dihubungi yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
“Walaupun dia menggunakan identiti palsu atau cuba menyembunyikan alamat Internet Protocol (IP), saya jamin polis akan dapat mengesan suspek kerana kita ada kaedah tertentu untuk menjejak suspek,” katanya ketika dihubungi.
Dua kenyataan palsu disiarkan semalam dalam sistem e-Akhbar dan e-Press laman web Jabatan Penerangan bertajuk ‘Memo Permohonan Rakyat Malaysia dan Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan’.

 – AFP
 

Tahniah kepada SKMM dan PDRM yang cekap mengesan penggodam ni. Cuma MyMassa risau, pembangkang ni bukan buat serangan siber dari dalam negara, pengganas luar negara pun kempen untuk pembangkang?


Kalau Milosuam, Amenoworld boleh dapat RM3000 sebulan, berapa pulak PKR bayar Nur Misuari?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan