Ahad, 10 Mac 2013

PENCEROBOH #LahadDatu : SPONSOR DARI MALAYSIA ???



Di bawah adalah satu lagi pendedahan besar yang bakal menambahburukkan lagi imej pakatan pembangkang yang hanya nyawa-nyawa ikan.

Walau pun mereka cuba membuat diversion dengan memperalatkan bapa Saiful Bukhari supaya membuat kenyataan yang tidak laku, isu di bawah lagi besar melibatkan keselamatan negara.

Sila baca :

Pencerobohan kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai pengikut Kesultanan Sulu di Lahad Datu didakwa mendapat pembiayaan oleh Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) sebanyak USD 2 juta. 
Presiden Jaringan Cina Malaysia Ng Lam Yong berkata, bantuan kewangan daripada Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kepada kumpulan penceroboh itu disahkan oleh rakannya dari Manila, Filipina. 
"Saya terima email dari rakan saya yang berada di Manila hari ini, isi kandungan email itu memberi tahu bahawa kejadian di Lahad Datu itu dibiayai oleh sebuah NGO dari Malaysia dan telah menyalurkan USD 2 juta untuk tujuan pencerobohan itu." 


"NGO yang diberitahu itu adalah SUARAM yang dahulunya saya dan rakan saya Azwanddin Hamzah pernah membongkarkan isu SUARAM yang menggunakan dana asing untuk merosakan segala-galanya di Malaysia." katanya pada Forum Pendedahan Siapa dalang Serangan di Lahat Datu di Bukit Antarabangsa disni hari ini. 

lihat video pendedahan ini 
Turut hadir pada majlis tersebut Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Muhammad Zahid Md Arip, Pengerusi Badan Bertindak Projek Datum Jelatek (BBDJ) Salleh Samad, Ketua Umno bahagian, Datuk Ismail Kijo dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah. 
Lam yang juga bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu disebalik SUARAM yang banyak menggunakan dana asing bagi menjayakan matlamat beliau. 
"Dana asing ini datangnya daripada sembilan yayasan yang dipegang oleh orang yahudi, matlamat dana ini adalah untuk menjatuhkan Malaysia dan kerajaan Barisan Nasional kerana khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan bersetuju memberikan satu Pangkalan Tentera (di) Lumut kepada Amerika Syarikat (US)." 
"US mahu menguasai rantau Asia Pasifik khususnya di Asia Tenggara kerana pangkalan tentera US ini telah pun wujud sekian lama yang bertempat di Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina." jelas beliau. 
Tambahnya, Malaysia tidak membenarkan kewujudan Pangkalan Tentera US dalam negara berikutan sekatan yang hebat bakal akan berlaku dalam keputusan yang dilakukan oleh kerajaan. 
"Oleh itu mereka menggunakan dana asing untuk menjatuhkan Malaysia secara halus," ujarnya lagi. - KLPos
Sebeblum ini MiM telah menulis satu sentri tentang status sebenar Jamalul Kiram III yang dilabel sebagai 'Sultan paling miskin dalam dunia' oleh media Filipina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan