Seaman manapun sesebuah negara,pasukan polis dan tentera wajib diberi
keutamaan.Ini kerana keamanan bukanlah terletak sepenuhnya ke atas bahu
kepimpinan,tetapi separuh daripadanya adalah terletak pada elemen yang
tidak mampu dijangka.Jenayah dan ancaman keganasan dari dalam dan luar
negara bukan sesuatu yang boleh dianggarkan dari segi jumlah dan masa
seperti menganggarkan pendapatan atau perbelanjaan
negara.Justeru,perancangan dan strategi keselamatan dan pertahanan hanya
boleh dibuat dengan mengambilkira senario terburuk.Oleh yang
demikian,pembelian senjata-senjata dan alat-alat canggih untuk
pertahanan dan keselamatan tidak wajar dipersoalkan oleh mana-mana
pihak.saya amat kesal apabila pembangkang sering menjadikan kos
pembelian alatan dan senjata pertahanan serta keselamatan negara sebagai
isu.Malah,lebih dikesalkan lagi apabila mereka seolah-olah sengaja
mengumpan agar kerajaan mendedahkan butir-butir terperinci maklumat
pertahanan dan keselamatan.
Beberapa kenyataan mereka dilihat sebagai merbahayakan negara,terutama
apabila mempersoalkan kegunaan dan membangkitkan mengenai kelemahan
senjata atau alat pertahanan yang ada.Tidak cukup dengan itu,pembangkang
juga giat menghasut rakyat agar membenci pihak polis.Setiap kes jenayah
dilapor dan digembar-gemburkan manakala setiap kejayaan besar pihak
polis dipandang sepi. Dalam banyak kes, polis digambarkan sebagai jahat
dan penjenayah dibela oleh pembangkang, terutama yang melibatkan ‘orang mereka’.Sehinggakan
apabila negara diceroboh dan kedaulatannya diancam,pembangkang masih
terus membawa sikap memusuhi,memperlekeh dan menghina pasukan
keselamatan dan pertahanan negara.Jika ini bukan satu pengkhianatan,maka
apakah ia ???
Maka,kita tidak hairan apabila terdedahnya penglibatan pembangkang
dengan pengganas yang menceroboh negara ini.Bagaimanapun,kita wajar
mengucapkan Alhamdulillah kerana ketika pembangkang mengguris dan
meremukkan hati keluarga wira-wira kita yang terkorban di Lahad Datu dan
Semporna, kerajaan Barisan Nasional bertindak pantas memberi
pengiktirafan ke atas pengorbanan mereka.Kenaikan pangkat diberi kepada
yang pergi,bukan sahaja sebagai mengenang jasa tetapi juga bagi
membolehkan balu-balu mereka menikmati imbuhan tambahan bagi menampung
hidup tanpa ketua keluarga.
Lebih dari itu,kesemua pasukan tentera dan polis juga kini menikmati
pelarasan gaji setara dengan penjawat awam yang lain sepertimana yang
diumumkan Perdana Menteri.Harapan kita agar keprihatinan Perdana Menteri
ini membuatkan mereka tidak luntur semangat untuk terus menjaga
keamanan negara demi kita semua.Persetankan kata-kata penghinaan yang
dilemparkan puak pembangkang seperti rafizi lembu kerana yang hinanya
adalah mereka,bukan pasukan polis dan tentera kita.Buat Rafizi,stoplah
sekejap berpolitik dan biarlah polis dan tentera terima kenaikan gaji
mereka dengan hati yang gembira.Entah esok atau lusa,nyawa mereka
sentiasa menjadi taruhan dalam menjaga keamanan negara ini.Bukti yang
paling dekat,manusia yang paling kuat menghina polis iaitu Tian
Chua,telah terpaksa ‘memakan najis sendiri’ apabila meminta
bantuan polis untuk menyelamatkan diri dari dibelasah rakyat yang
cintakan negara dalam satu program ceramahnya.Pembangkang kini menerima
tamparan hebat apabila strategi jahat mereka memakan diri.Rakyat kini
melihat sendiri betapa murninya tugas mengawal keselamatan dan keamanan
negara,yang mana bukan semua manusia mempunyai keberanian atau kemampuan
untuk memikulnya.Rakyat juga menggeleng-gelengkan kepala melihat betapa
hinanya pembangkang Malaysia yang sanggup mengkhianati negara
sendiri,memperjudikan nyawa rakyat termasuk penyokong
sendiri,menyebabkan pasukan keselamatan negara terbunuh dan kemudiannya
memperlekeh dan menghina kematian mereka pula.Jika pembangkang bukan
syaitan,maka apakah mereka ???
RENUNG-RENUNGKAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan