Sabtu, 16 Mac 2013

AKTA HASUTAN - TIAN CHUA DIHERET KE MAHKAMAH.

Naib Presiden PKR, Tian Chua dihadapkan dengan tuduhan hasutan melalui kenyataannya yang mendakwa tindakan anggota keselamatan negara mempertahankan Sabah sebagai 'sandiwara Umno'.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Batu, didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 di mana pada pukul 11 ​​pagi pada 1 Mac, mendakwa tembakan di Lahad Datu adalah satu konspirasi kerajaan Umno.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Mohamad Sekeri Mamat menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi seorang penjamin.

Tian Chua diwakili oleh N Surendran, Latheefa Koya, Willian Leong, Eric Paulsen dan dua yang lain.

Beliau didakwa bercakap kepada KeadilanDaily.com bahawa kejadian tembak-menembak di Lahad Datu yang mengorbankan dua orang anggota polis diperingkat awal insiden pencerobhan sebagai satu konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat Sabah.

Kenyataan tersebut mencetuskan kemarahan rakyat seluruh negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan