Khamis, 28 Mac 2013

GEMPAK!!! ANWAR KAKI TIPU : Ketua Menteri Sarawak Minta Segerakan RCI Lahad Datu Ke Atas Anwar Ibrahim


1

MO, Kuching, 28 mac 2013 – YAB Ketua Menteri Sarawak, YAB Pehin Sri Taib Mahmud mendesak kerajaan supaya menubuhkan RCI mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang telah mengorbankan 10 anggota Pasukan keselamatan Negara kita.
Ketika ditembual oleh Ketua Editor, Portal Merdeka-Online di Kuching, beliau mempersoalkan pencerobohan di Lahad Datu sebagai ganjil dan luar biasa. Tanya beliau, “Kenapa Sekarang?”.
Beliau sangat yakin bahawa wujud dalang di sebalik pencerobohan tersebut, kerana ianya dilakukan ketika Negara kita akan mengadakan Pilihanraya Umum ke-13.
Sebelum ini, beberapa portal dan blog turut mendedahkan bahawa Jamalul Kiram turut menuntut wilayah Borneo yang meliputi negeri Sarawak. Malah seorang anggota keselamatan dari negeri Sarawak turut terkorban di Lahad Datu kerana mempertahankan kedaulatan tanah air.
SANDIWARA
YAB Ketua Menteri Sarawak juga mengecam individu-individu politik yang menuduh peristiwa di Lahad Datu sebagai “sandiwara”. Kata beliau dengan nada serius, “Ini Bukan drama!”. “Apakah kematian 10 anggota pasukan keselamatan kita suatu drama?” soal beliau.
Menurut beliau lagi, semua ini adalah agenda dan skrip yang telah diatur oleh pihak-pihak tertentu khususnya pihak pembangkang untuk kepentingan politik mereka. Negeri Sabah adalah sebuah negeri yang aman, namun peristiwa yang berlaku baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka sudah sampai ke tahap memperjudikan nyawa dan keselamatan rakyat sendiri, semata-mata untuk berkuasa.
Oleh itu, beliau mendesak kerajaan supaya menyegerakan penubuhan RCI supaya dalang-dalang di sebalik pencerobohan tersebut dapat diadili, dan seterusnya mendedahkan kepada rakyat Malaysia siapakah dalang di sebalik pencerobohan tersebut.
Beliau meminta rakyat Malaysia memberikan sokongan yang padu kepada Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

SUMBER [merdeka-online]





Tiada ulasan:

Catat Ulasan