Sabtu, 30 Mac 2013

SENSASI !! KIT SIANG PELAKON TERBAIK.!!!!


Kit Siang mahu DUN Johor Jaya pula,bukti ada 'agenda'tersembunyi.


Selepas mendapat respon baik daripada penduduk Johor, Ketua anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang dikatakan mengintai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula bagi memperkasakan usaha Pakatan Rakyat merobek kubu kuat BN di negeri itu.

 Lim disebut-sebut berminat dengan kerusi Johor Jaya. Menurut sumber pasukan Lim di Gelang Patah - Parlimen baru yang akan ditandinginya dalam pilihan raya umum akan datang - Lim mengarahkan mereka turut membina pasukan kempen di Johor Jaya, kerusi di Parlimen jiran Pasir Gudang.

 "Setakat ini pasukan kami hanya berkempen di Gelang Patah, bertemu dengan pemimpin tempatan dan pengundi daripada pelbagai tempat di kawasan Parlimen yang besar ini.| "Tetapi malam tadi, Lim tiba-tiba minta kami buat perkara sama di Johor Jaya," kata seorang pemimpin kanan DAP kepada media semalam.  
- SUMBER [networkedblogs]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan