Jumaat, 22 Februari 2013

Peyokong Pas yang di anggap HAIWAN..!!




Sepasang suami isteri yang berasal dari Perak. Lebih disenangi dipanggil Mok Woh dan Tok Woh. Peniaga kecil-kecilan di taman rekreasi di Perak. Penerima BR1M yang sah.

Mok Woh hidup serba sederhana. Pendapatan meniaga yang tidak seberapa belum mampu untuk membiayai kos perubatan suami tersayang yang diserang penyakit misteri beberapa tahun lalu. Bantuan BR1M yang diterima Mok Woh digunakan sepenuhnya bagi membeli ubat-ubatan buat suaminya disamping membeli barang niaga.

Tidak ada mana-mana wakil rakyat khususnya pembangkang yang datang membantu malah jauh sekali menanyakan khabar pasangan ini walhal Mok Woh adalah penyokong setia parti PAS.

Dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat yang menyamakan golongan manusia yang menerima BR1M ini sebagai haiwan lembu & ayam, jauh disudut hati Mok Woh begitu tersentuh dengan kenyataan Nik Aziz.

Selama ini Mok Woh berpendapat menyokong PAS atas dasar menyokong perjuangan parti Islam, kini sudah tawar hati bila dihina sedemikian rupa oleh Mursyidul AM Pas sendiri..


-Encik Asam-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan