Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan harapan agar rakyat Malaysia memberi peluang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) meneruskan agenda pembaharuan dengan satu sistem pilihan raya yang lebih kukuh daripada sebelum ini dengan komitmen Anggota-Anggota Parlimen itu sendiri.
Perdana Menteri berkata calon-calon daripada BN dan parti-parti komponennya telah melalui proses tapisan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan mereka mematuhi standard integriti yang diharap-harapkan rakyat Malaysia.
"Tanggungjawab bagi memenuhi ikrar ini terletak kepada mereka yang menandatanganinya dan ia merupakan tanggungjawab yang perlu diberi perhatian oleh saya dan rakan-rakan dalam BN. Tapi ia juga meletakkan satu tanggungjawab kepada semua rakyat Malaysia untuk memastikan ahli politik mereka bertanggungjawab,"

Perdana Menteri semalam menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International, membuat perisytiharan terbuka untuk mendukung integriti dan memperteguh komitmen beliau terhadap agenda negara dalam memerangi rasuah terutamanya dalam pilihan raya umum ke-13.
Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International merupakan kontrak sosial secara sukarela, dengan calon yang akan bertanding dalam pilihan raya umum, berikrar untuk menggalakkan integriti, tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan dan mendukung kedaulatan undang-undang.
Calon-calon yang menandatangani ikrar itu bersetuju mematuhi Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peraturannya; dan memastikan tindakan mereka adalah untuk faedah orang ramai dan bukan untuk kepentingan sendiri.
Najib berkata kerajaan tidak berbelah bahagi dalam komitmennya bagi satu pilihan raya yang adil dan bebas dan pembaharuan yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya baru-baru ini seperti memperkenal penggunaan dakwat kekal dan undi pos, menggariskan kepercayaannya dalam prinsip-prinsip demokrasi.
"Hari ini kita membuat komitmen selanjutnya untuk meletakkan prinsip-prinsip itu sebagai amalan dengan menyetujui standard-standard ketelusan dan keadilan yang diiktiraf antarabangsa.
"Saya bangga kerana menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International – dan sebaik calon-calon pilihan raya umum diumumkan, saya akan pastikan semua calon menghormati perjanjian ini juga," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan