Rabu, 27 Februari 2013

Kaitan Anwar Ibrahim dan Pendatang Haram di Sabah

Boleh teliti dokumen ini. Pendatang China menjadi golongan kedua teramai yang mendapat warganegara yang menetap di Sabah.



Apa kaitannya?

Anwar Ibrahim menjadi TPM dari tahun 1993 hingga 1998. Yong Teck Lee menjadi Ketua Menteri Sabah dari tahun 1996 - 1998. Jika pembaca masih belum jelas kaitannya, boleh baca di blog Another Brick.

Satu lagi, pendatang dari China ini bukan sahaja mendapat kewarganegaraan Malaysia, malah ada di antara mereka mendapat TARAF BUMIPUTERA SABAH seperti mana yang dimiliki oleh YB Jimmy Wong dari DAP. Walaupun kedua ibu bapanya adalah dari kaum Cina.



Dipetik: New Sabah Times

KOTA KINABALU: Lembaga Pegawai yang dilantik oleh Yang Dipertua Negeri telah mengemukakan perakuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjong, Jimmy Wong.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Haji Noor, berkata ahli lembaga yang dilantik itu telah membuat penyiasatan, penelitian dan perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri itu berdasarkan sebab-sebab berikut:

“Maklumat keturunan yang dituntut oleh Jimmy sebagai Sino Kadazan adalah bercanggah dengan salasilah keturunan Jimmy sebenar. Di mana tidak setitik pun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh Jimmy kerana kedua ibu bapanya adalah keturunan Cina, sebagaimana dicatatkan dalam sijil lahirnya.
“Atas sebab itu Lemba- ga Pegawai mendapati Jimmy tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64).

“Keputusan Lembaga Pegawai ini telah pun dikemukakan kepada Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu untuk melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Jimmy,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan dewan undangan negeri di Dewan Undangan Negeri, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun Hajiji berkata, pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan pada Disember 2011, maka keputusan lembaga pegawai itu hanya akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Berkenaan dengan cadangan Adun Balung agar kementerian mengekalkan dasar 30 peratus rumah mampu milik bagi setiap projek perumahan swasta, beliau berkata: “Saya telah mengkaji dan sedang men- yediakan kertas cadangan kepada kerajaan dengan mengambil kira pandangan daripada Unit Perancang Ekonomi dengan (UPEN) dan Sabah Housing Real Estate Development Association (SHAREDA) supaya setiap pembangunan perumahan swasta diperuntukkan 30 peratus rumah mampu milik.

“Sekiranya diluluskan oleh kerajaan, dasar ini akan memberi peluang kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah di kawasan yang dimajukan oleh pemaju swasta di kawasan bandar kelak,” katanya. 
Kenapa LIM KIT SIANG tak bising? Kenapa Anwar Ibrahim senyap?
 http://dkmsabah.blogspot.com/2012/03/berita-dari-sabah-sijil-anak-negeri.html
-mymassa-



Tiada ulasan:

Catat Ulasan