Jumaat, 10 Ogos 2012

PAS hanya tahu MEMBANGKANG!!




AKHIRNYA, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan Tantawi mengaku bahawa hudud bukan agenda pakatan pembangkang. Isunya memang DAP dan PKR tidak berminat dengan negara Islam dan hudud. Tidak patut berbangkit isu itu dalam debat Fathul Bari Mat Jahaya - Nasrudin yang seolah-olah DAP sudah mula memahaminya.

Kecuali Nasrudin ingin melunakkan hati penonton debat seolah-olah usaha Pas cuba memahamkan DAP mengenai negara Islam dan hudud semacam diterima yang disiarkan dalam laman sosial Facebooknya.

Tambah Nasrudin: "Paksi perjuangan Pas adalah Islam dan hudud itu sebahagian darinya". Memperjuangkan Islam dan hudud bukanlah suatu masalah. Tetapi ia menjadi masalah selagi Pas berada dalam pakatan pembangkang. Kalau begitu apa lagi pertimbangan Pas berada dalam pakatan pembangkang.

Kalau pertimbangan kuasa, apakah selepas dapat kuasa - negara Islam boleh ditegakkan dan hudud dapat dilaksanakan. Sudah pasti tidak kerana Buku Jingga tidak menyatakan demikian dan DAP akan menentang habis-habisan. Kalau begitu apa yang Pas tunggu lagi.

Kata Nasrudin lagi: "Secara realitinya, iklim politik dan latar belakang masyarakat yang majmuk dalam negara kita sangat sukar untuk Pas menang dan membentuk sebuah pemerintahan secara persendirian"

Memang pening PAS sekarang ni...ermmm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan