Turki tiada minyak tapi bagi pendidikan percuma pada rakyatnya sedangkan Petronas untung RM90 bilion setahun tapi pendidikan tak percuma. Venezuela yang mempunyai 27 juta penduduk melaksanakan pendidikan percuma untuk rakyat melalui peruntukan 35% belanjawan tahunan di bawah Undang-Undang Pendidik (Estado Docente)
Anwar hebat menipu. Mengenai pendidikan Turki, kerajaannya hanya peruntukan 10% bajet negara untuk pendidikan. Bajet tersebut merangkumi 60% wang disalurkan kepada 165 universiti awam dan 103 universiti di negeri-negeri. Baki 36% lagi perlu dijana sendiri melalui bisnes korporat universiti dan 4% dari yuran para pelajar yang mahal. Sedangkan 62 pusat pengajian swasta tidak dibiayai langsung oleh kerajaan dan dikenakan yuran pengajian yang tinggi.
Harga buku, yuran tuisyen dan tutorial serta pendidikan Islamnya agak mahal. Hanya orang Turki mendapat akses belajar dengan sempurna sedangkan minoriti Kurdish dianaktirikan sehingga mereka menjadi ekstrem menentang kerajaan. Turki menduduki tangga ke 32 dari 34 buah negara Pertubuhan Negara-Negara Ekonomi Membangun (OECD) kadar celik ilmu saintifik bila mana 40% pelajar berumur 15 tahunnya masih buta huruf dan buta matematik. Malaysia pulak…?
Sistem pendidikan di Venezuela pada hakikatnya amat mahal samada di sekolah dan IPT Awam atau swasta yang kebanyakkannya hanya dimasuki oleh anak-anak golongan elit. Sistem pelajarannya masih mengekalkan propaganda doktrin komunis-sosialis dan mendewakan Presiden Hugo Chaves. Dengan kos hidup yang tinggi akibat sekatan U.S, kadar jenayah mafia berleluasa, kebebasan media disekat, inflasi 27.6% dan kadar kemiskinan 27.4%. Maka ramai guru sekolah dan pensyarah IPT terima rasuah dari para pelajarnya yang ingin lulus periksa kerana gaji pendidik cuma US$300-US$500 (RM915.00-RM1525.00) sebulan. Malaysia pulak…?
Kerajaan perlu memberikan pendidikan percuma kepada rakyat bukannya membebankan mereka dengan PTPTN, Ke mana perginya yuran semester dan bulanan yang dikenakan IPT terhadap mahasiswa?
Yuran semester dan bulanan untuk bayar kos gaji pensyarah dan kakitangan universiti, duit utiliti, kemudahan universiti serta fakulti bahkan untuk asrama dan subsidi kafetaria agar makanan mahasiswa murah le ngok!. Duit-duit yang dibelanjakan inilah yang mengerakkan ekonomi negara
Sejak tahun 1997 hingga 2011, kerajaan membelanjakan sebanyak RM42.5 bilion untuk PTPTN. Pada tahun 2012, kerajaan memperuntukkan RM6 bilion untuk PTPTN termasuklah RM3 bilion dipinjam dari Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Sepanjang tempoh tersebut seramai 11,000 pelajar tajaan PTPTN ditukarkan pinjaman mereka kepada biasiswa kerana cemerlang. 8,000 darinya adalah pelajar bukan Melayu dan cuma 2,000 pelajar Melayu. Seramai 132,801 pelajar pula disenarai hitam dan dilarang imigresen ke luar negara bagi mengelak mereka lari. Hanya pelajar tercicir, kena buang universiti akibat masalah disiplin,gred tercorot dan jenis liat membayar sahaja yang ghairah nak PTPTN free. Faktanya sehingga 31.12.2011, kerajaan hanya dapat kutip balik pinjaman RM4.92 bilion dari RM6.2 bilion yang telah dibelanjakan. RM1.28 bilion lagi masih ditagih PTPTN. Bukannya 2 juta peminjam gagal membayar RM5 bilion seperti yang didakwa fuckatan. Adakah fuckatan boleh refund balik duit RM4.92 bilion ini dan duit-duit yang dilangsai sebelumnya? Cakap nak bagi rebat dan pengecualian, mana sanggupnye nak tunai janji puak-puak songsang ni! Kalau semua nak free, fuckatan mesti juga mempercumakan bayaran bank semua pembiayaan perumahan dan kenderaan kerana rumah dan kereta amat diperlukan oleh setiap keluarga.
Ada kes pulak segelintir pihak loyar lambat memperakui bukti pelajar telah melunaskan bayaran PTPTN sehingga pelajar dituduh mengelat bayar dan masih berhutang. Apa tidaknya caj tetap dikenakan gara-gara kelembapan loyar buat kerja. Jenis loyar musibat lagi bangsat yang menjadi pentaksub fuckatan ini memang sengaja nak mewujudkan imej buruk pada PTPTN dan kerajaan! Ini menyebabkan ramai tidak dapat sambung belajar dan ke luar negara.
Sepatutnya dana RM6.1 bilion PTPTN diberikan percuma kepada mahasiswa atau setidak-tidaknya untuk perbelanjaan peribadi dan hanya yuran minimum pengajian dikenakan.
PTPTN bersikap fleksible. Mahasiswa boleh menukar sistem pembiayaan kepada sistem berlandaskan syariah atau ujrah. PTPTN telah menjadualkan semula caj perkhidmatan dan dokumentasi dari 3% kepada 1%. Bahkan PTPTN memberi kelonggaran kepada mahasiswa yang masih belum dapat kerja, belum mampu membayar kerana gaji kecil, sakit atau sambung belajar untuk menangguhkan pembayaran atau menjadualkan semula pembayaran. Bahkan mereka juga boleh membayar hutang serendah RM50.00 sebulan. Duit PTPTN yang dibayar kebanyakannya dikitar semula untuk membiayai pengajian pelajar-pelajar seterusnya atau untuk tujuan lain pembangunan negara. Kalau semuanya subsidi dan free boleh jatuh bankrap negara, silap-silap anak cucu kita kena bayar lebih mahal lagi bila nak belajar.
29.7% sahaja rakyat Malaysia yang memasuki universiti berbanding Korea Selatan = 96.1%
Nak masuk universiti perlu rajin belajar. Dah masuk universiti, belajarlah rajin-rajin. Jangan asyik nak bebas berpacaran dan berdemo sahaja. Bila kena buang nak salahkan kerajaan dan tuntut mansuh yuran PTPTN. Barulah ranking universiti naik, graduate nanti senang dapat kerja dan boleh langsaikan hutang PTPTN. Jangan pula nak bandingkan Malaysia dengan pendidikan di Korea Selatan, Jepun, Amerika atau Eropah yang lebih hebat. Tapi cuba bandingkan dengan Indon, Bangla, Nepal, Vietnam, Filipina…
Pendidikan percuma dan pemansuhan PTPTN jadi manifesto PR pada PRU 13
Manifesto karut yang akan membankrapkan negara dalam masa setahun jika PR memerintah, tak payah tunggu tahun 2019. Pelajar yang bermasalah membayar, jumpalah pihak PTPTN bukannya jumpa puak-puak bengap ekonomi yang menjanjikan segalanya free tanpa mengira kedudukan ekonomi negara. Bab nak perabis harta memang fuckatan cerdik, tapi bab nak urus ekonomi mereka buta tuli. Sikit-sikit nak pakai duit Petronas. Habis semua orang Petronas jadi kuli batak fuckatan menyerahkan segala pendapatannya untuk dilahap. Kesian Petronas!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan