Khamis, 5 April 2012

PTPTN dibatal bila PUTRAJAYA ditawan – Anwar Ibrahim

Pakatan Rakyat (PR) akan batalkan PTPTN jika berjaya perintah Malaysia dan anak-anak miskin akan dapat pendidikan percuma dari sekolah rendah hingga ke universiti.


Boleh janji kosong sajalah. Jika PTPTN dibatalkan bermakna kerajaan terpaksa menanggung beban hutang dan belanja hangus RM6.2 bilion! Sehingga September 2011, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion berbanding RM6.2 bilion jumlah sepatutnya dikutip. Selebihnya terdapat beban hutang RM3.46 bilion yang belum dilangsaikan. PTPTN sendiri terpaksa meminjam RM3 bilion setahun dari Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) untuk membiayai PTPTN!



Sanggupkah PR membayar kembali hutang-hutang PTPTN yang berjaya dilangsaikan oleh para peminjam terdahulu dan sehingga kini jika mereka memerintah Malaysia nanti? Macamana ekonomi negara nak berkembang, jika semua nak diberi free…tol nak free, minyak nak free, makan nak free, tambang free, rawatan kesihatan free, eletrik free, bekalan air free, talian telefon free... Habis londeh wang negara dibaham oleh free thinkers PR. Kalau cam tu kita kahwin free jer, kerajaan kena tanggung segala belanja. Jika tidak, pakat ramai-ramai buat pesta seks free, dapat anak haram nanti kerajaan kenalah tanggung kebajikan anak-anak dan keluarga tersebut!



Semasa Anwar jadi TPM, keuntungan Petronas RM30 bilion tapi ada biasiswa dan dermasiswa. Sekarang Petronas untung RM90 bilion, pelajar terpaksa berhutang.


Masa Anwar jadi TPM 1991-1998, Penduduk Malaysia hanya 20 - 23 juta dan IPTA hanya ada kurang 10 buah. Tetapi sekarang penduduk Malaysia 29 juta orang dan IPTA ada lebih 20 buah termasuk berpuluh-puluh IPTS. Maknanya ramai yang hendak belajar di IPT. Kalau semua nak free, macamana nak roling duit keuntungan Petronas tersebut, asyik belanja je.Sumber minyak negara semakin berkurangan dan Petronas terpaksa bersaing untuk dapatkan minyak dari luar. Minyak Malaysia pulak tak sesuai dijadikan petrol. Sebaliknya hanya minyak dari Timur Tengah yang sesuai jadi petrol. Kerajaan terpaksa guna banyak duit Petronas untuk subsidi barang lain!



Kerajaan banyak komitmen untuk belanjakan wang negara bagi lain-lain pembangunan bukan setakat bagi biasiswa dan dermasiswa sahaja. Duit PTPTN yang dikutip setiap bulan digunakan sepenuhnya untuk kitar balik membayar gaji-gaji pekerja di universiti, bagi pinjaman membiayai mahasiswa-mahasiswa seterusnya dan maintenance cost IPT-IPT seluruh negara. Mana kerajaan nak cekau duit kalau tak dapat balik bayaran PTPTN? Macam bank-bank juga kalau mereka gagal mendapat kembali bayaran dari siberhutang macamana nak teruskan operasi, silap-silap ramai staf yang kena buang kerja sebab bank-bank bankrap. Faedah, dividen dan bonus bank buat pendeposit mesti juga dimansuhkan!



Anak muda terpaksa melangsai beban hutang belajar kepada kerajaan dan pihak penaja setelah tamat dari universiti dan kolej.


Memang ler adat berhutang, kenalah bayar. Bagi orang Islam, kalau mati syahid sekalipun roh akan bergentayangan tak diterima Allah kerana berhutang apatah lagi jika pemberi hutang tak halalkan hutang kita. Kalau nak free PTPTN belajar rajin-rajin…dapat CGPA cemerlang. Insya Allah PTPTN jadi biasiswa, sesen pun tak payah bayar bahkan dapat pujian masyarakat lagi!.



Sebagai ibu bapa kenalah belajar menabung sikit-sikit sejak anak-anak masih kecil. Dah banyak skim tabungan pendidikan yang diwujudkan oleh kerajaan dan swasta. Bila mereka dah besar 20 tahun akan datang, dah ada duit belanja. Mahasiswa yang dapat PTPTN pula kenalah berjimat-cermat bila berbelanja, bila cuti semester belajarlah berdikari dengan bekerja sementara untuk cari pendapatan dan pengalaman. Sambil tu lengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan misalnya menguasai bahasa-bahasa asing, mahir dalam teknologi siber, membina ketrampilan diri, mahir bergaul selain berpengetahuan luas - baru senang dapat kerja.



Kerajaan tak patut menyenarai hitamkan dan menghalang 132,801 mahasiswa ke luar negara akibat gagal bayar hutang PTPTN.


Memang patut pun kena sekatan macam ni, ada hati nak lari dari hutang. Hutang dengan along pun dicarinya sampai ke lubang cacing. Hutang dibayar akan digunakan untuk orang lain pula. Buku Jingga sendiri cakap 1 orang dari setiap 4 orang rakyat Malaysia tercicir dari pendidikan menengah dan tidak dapat menamatkan pendidikan menengah antara tahun 2001-2009. Golongan inilah yang sentiasa dibantu kerajaan melalui duit-duit PTPTN yang dibayar kembali oleh para siberhutang.



Beginilah kitaran ekonomi sesebuah negara. Kalau semuanya harap disubsidi dan diberi free, bagi pula kepada pelajar malas yang harapkan kuota, markah kesian dan gemar mengacau, maka lahirlah graduan yang keputusannya tercorot dan cukup makan. Nanti bila mereka bekerja suruh jer kerja free, majikan tak payah bayar gaji. Amerika Syarikat pun hampir-hampir bankrap bila ramai graduannya mengelat tak mau bayar hutang belajar yang mencecah US$1 trillion!



Malaysia akan bankrap tahun 2019, hutang negara tahun 2007 berjumlah 266 bilion meningkat RM456 bilion pada akhir 2011. Hutang rakyat pula mencecah RM700 bilion. Dijangka hutang negara meningkat 100 peratus menjelang 2019. PR menjangkakan mungkin tahun 2017, 2018 dan 2019 gaji kakitangan awam tidak boleh dibayar seperti mana berlaku di Ireland - gaji pensyarah 3 bulan tidak dibayar dan di Portugal pencen di bayar 1/3 sahaja.

Inilah akibat amalan berkebajikan yang keterlaluan di negara-negara kapitalis Eropah konon nak jaga kebajikan rakyatnya, sampai penganggur dan pelacur pun diberi makan dan rumah free. PR cakap setiap rakyat Malaysia terpaksa guna 60% gajinya berhutang membeli rumah, kenderaan (30%) dan hutang peribadi (10%). Tetapi golongan kapitalis tamak yang galak membina rumah-rumah mahal, mereka kawal harga bahan binaan dan harga tanah serta mengenakan caj dan riba tinggi pada peminjam. Kalau negara banyak berhutang, kenalah ikhtiar jana ekonomi dan tambah rezab negara, bukannya perabis semua simpanan negara konon nak bagi semuanya free!


PR berjanji melaksanakan program Negara Berkebajikan berdasarkan Buku Jingga jika berjaya memerintah Malaysia selepas PRU 13. Mandat yang diterima oleh PR akan berlangsung selama 5 tahun (2012-2017). Memang Malaysia akan bankrap tahun 2019 jika PR jadi kerajaan. Semuanya sebab belanja subsidi besar dan ramai mengelat bayar hutang, nak free segalanya…hancur!!!

POLITIK MURAHAN FUCKATAN!!! SIAL LAAA!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan