Jumaat, 3 Mei 2013

#GE 13 VIDEO TERLAMPAU PENSYARAH TERHADAP PELAJARNYA MENJELANG PRU13




MyMassa tak tahu nak cakap apa bila tengok video ini.



Kalau nak tahu perkara yang sebenar apa yang berlaku dalam video ini, boleh baca penjelasan di bawah.

Wajah-wajah di atas adalah antara pelajar Universiti Putra Malaysia yang telah diugut supaya terlibat sebagai jentera kempen bagi PKR oleh pensyarah mereka. Malah mereka turut diugut akan dipotong markah jika segala tugasan yang diberikan gagal dilakukan dengan baik. 

Difahamkan satu laporan polis juga telah dibuat oleh 15 orang pelajar ini siang tadi yang mana turut mendapat respon Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khalid Nordin sebagaimana disiarkan di laman portal MyMahasiswa 

Kumpulan mahasiswa ini turut menyerahkan rakaman sulit yang dibuat kepada pihak polis sebagai bukti dakwaan mereka. 

Terdapat beberapa rakaman antaranya rakaman suara di mana pensyarah tersebut mahu memotong markah serta rakaman video di mana pensyarah tersebut mengajar dan membawa kumpulan pelajar ini mengantung poster calon PKR dan menurunkan poster BN. 
Antara gambar-gambar bukti pensyarah mereka membawa mereka ke bilik operasi PKR dan lokasi-lokasi tertentu untuk operasi mengantung poster calon :
 



Lelaki berbaju batik adalah pensyarah yang dimaksudkan.

N55 Dengkil 

Identiti pensyarah tersebut adalah seperti di bawah :




Baca seterusnya di sini : yuseriyusoff.blogspot

*Memang gila lah puak pembangkang ni. Sanggup mempergunakan pelajar untuk dapat kuasa? Mohon disebarkan supaya lebih ramai ibu bapa tahu apa yang berlaku pada anak mereka di Universiti.

Sumber:mymassa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan