Jumaat, 3 Mei 2013

#GE 13 KANTOI! ISU DOKUMEN KAKITANGAN KERAJAAN DILARANG OT TERJAWAB!!



Surat larangan melakukan kerja lebih masa bertarikh 2 Mei ini telah tersebar luas melalui blog dan twitter penyokong PR. Spekulasi timbul ialah kononnya larangan OT ini dibuat di negeri-negeri yang dikuasai BN sebagai langkah persediaan awal perpindahan kuasa kepada PR. Malah, terdapat pekerja-pekerja tertentu yang dikerah mengasingkan dokumen-dokumen bukti penyelewengan seperti salah laku dan  rasuah  kerajaan BN untuk dilupuskan sebaik sahaja PR berkuasa. 

Semua ni ternyata gimik PR dalam menakut-nakutkan rakyat. Tujuan sebenar larangan ni mudah je. Memastikan keselamatan bangunan kerajaan terjamin sepanjang proses pilihanraya berlangsung. Yelah, perlu diingat. Semasa PRU, berapa kerat je kakitangan yang bertugas. Dengan larangan ni, pergerakan keluar masuk bangunan kerajaan terhad bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Buktinya? Sudah ada unsur-unsur menimbulkan kekacauan  dihidu. Dari sumber yang melaporkan, pada 10 April yang lepas terdapat pihak tertentu yang dipercayai macai-macai PR dikesan telah melakukan 'recce' di kawasan Kota Iskandar dengan tujuan membuat rusuhan dan demonstrasi.  

*Tak terlambat lagi bagi kita membuka mata terhadap putar alam pakatan haram ni. PR dan penipuan memang tak dapat dipisahkan. Sifat 'auta' mereka semakin menjadi dalam tempoh 4-5 hari menjelang pilihanraya memandangkan tahap sokongan rakyat semakin tidak memihak mereka. Perkara biasa seperti surat ini pun boleh dijadikan modal kelentong...VOTE BN FOR BETTER NATION!!






Tiada ulasan:

Catat Ulasan