Jumaat, 26 April 2013

Wajib Tonton dan dengar.... Anda Akan Menyelamatkan Islam Sebagai Agama Rasmi di Malaysia..

Agenda Besar DAP untuk tawan PUTRAJAYA!

1. Asas pada pergerakan Kristianisasi ini terletak pada “The Christian Federation of Malaysia” (CFM) yang terdiri daripada:

i). National Evangelical Christian Fellowship (NECF)
... ii). Council of Churches of Malaysia (CCM)
iii). Roman Catholic Church

2. Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) pernah dilaporkan mengedar sepucuk surat bertarikh 18 Julai 2012 kepada gereja-gereja dan penganut Kristian seluruh negara berhubung pilihanraya umum ke-13 akan datang.

3. Surat yang ditulis atas nama Bishop Datuk Ng Moon Hing, pengerusi Christian Federation of Malaysia, menyeru umat Kristian agar “mengundi dengan bijak”.

4. Versi bahasa Inggeris di translate di bawah dari laman National Evangelical Christian Fellowship (NECF). Surat itu menuntut supaya pemilih mengundi sebuah kerajaan yang akan membentuk:

(“Sebuah negara di mana kebebasan agama merangkumi kebebasan untuk menganut, mengamal dan menyebarkan agama di mana ia dibenarkan berkembang tanpa sebarang pembatasan yang tidak wajar dari undang-undang, penegahan ataupun larangan.”)

5. Antara yang cukup pro-aktif memasuki kandang politik adalah National Evangelical Christian Fellowship Malaysia (NECF) yang telah berganding bahu dengan DAP. Dilaporkan 10 hari sebelum pilihanraya umum ke-12, NECF telah membuka pintu kepada DAP dengan menganjurkan pertemuan pada 27 Febuari 2008 di antara 200 orang pastor serta pemimpin agama dari 40 buah gereja di Lembah Klang dan calon-calon pilihanraya DAP.

6. Dalam dialog tersebut, DAP telah berpeluang membentangkan manifesto mereka kepada masyarakat Kristian. Delegasi DAP diwakili Lim Guan Eng, Tony Pua, Teresa Kok, Hannah Yeoh dan Dr Cheah Wing Yin.

7. Pasca pilihanraya Sarawak 2011, Mohamed Razali Bin Abd Rahman, bekas Setiausaha Organisasi DAP dan Timbalan Ketua Pemuda DAP menyaksikan sendiri majlis ikrar paderi di Hotel Little Rock Jelutong, Pulau Pinang untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian. Beliau pernah buat laporan polis tetapi beberapa orang telah mengarahkannya agar menarik balik laporannya, iaitu:
• Mat Sabu
• Lim Guan Eng dengan tawaran RM1 juta dan bercuti di Melbourne
• Seorang paderi yang memberikan tawaran yang lumayan.

8. Majlis ikrar ini diadakan sebagai meraikan pastor-pastor dari Sarawak dan Luar Negara yang telah membantu DAP di Pilihanraya Negeri Sarawak.

9. Pada masakini, terdapat paling kurang 35 orang evangelis Kristian sebagai YB DAP di Parlimen. Nisbah mereka adalah (15.8%) jauh melebihi kadar penduduk Kristian (9%) dalam negara. Sedangkan mereka adalah minoriti dalam DAP.

10. Jika bukan untuk menyebarkan pengaruh, apa lagi? Jelasnya laungan demokrasi yang mereka bawa merupakan sebahagian dari agenda yang bakal membawa implikasi pertembungan tamadun yang sangat besar impaknya antara Islam dan Kristianiti di negara ini. Apakah kita sebenarnya sedang berhadapan dengan era imperialisasi dan penjajahan Era Baru dibawah pakatan Zionis Kristian-Yahudi?

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: ‘Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar).’ Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang ilmu kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Al-Baqarah: 120)


Untuk melihat sendiri pengakuan  bekas pakar strategik DAP sila layari http://www.facebook.com/AnalisisPolitikTerkini?ref=stream&hc_location=stream#!/photo.php?v=322397301222671

Sumber: Analisis Politik Terkini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan