Ahad, 14 April 2013

STRATEGI PEMBANGKANG : DAPATKAN BANTUAN SINGAPURA SEMASA PRU13

Bukan satu rahsia lagi di mana PAP-DAP sememangnya mempunyai ikatan yang kuat. Tindakan kerajaan Singapura ini secara tidak langsung menunjukkan motif mereka dalam membantu DAP menguasai Malaysia. Melaui kenyataan yang dikeluarkan Karpal Singh ini, semakin jelas matlamat kotor mereka dalam menakluk Malaysia.    


Berikut merupakan emel yang diterima daripada seorang rakyat yang prihatin terhadap agama dan bangsanya. Kepada pembaca, harap dapat disebarkan dalam memelihara martabat Islam dan maruah anak bangsa Melayu tidak tergadai sampai ke hujungnya. Amin.

1. Pada hari ini, saya telah mendapat satu maklumat yang agak mengejutkan daripada kenalan saya yang bekerja di Singapura dan juga merupakan antara orang kuat Parti PAP.


2. Beliau telah mendedahkan (sengaja atau tidak saya tidak tahu) bahawa Kerajaan Singapura telah memberikan cuti khas 2 hari pada hari 3hb Mei, Jumaat dan 6hb Mei, Isnin. Selain itu, Kerajaan Singapura juga akan memberikan elaun minyak khas.


3. Keistimewaan ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia berbangsa Cina akan pulang untuk mengundi DAP khasnya di Johor.

4. Lebih mengejutkan apabila pekerja-pekerja Parti PAP diarahkan untuk turut serta membantu jentera DAPsepanjang tempoh berkempen. Sekiranya terdapat perhimpunan besar-besaran DAP, sedarlah bahawa ada antara mereka bukan warganegara Malaysia dan pekerja parti PAP.


5. Beliau juga ada menyampaikan bahawa salah seorang 'taikun' besar di Singapura akan menyumbangkan 7 buah bas kepada mereka yang tiada kenderaan untuk pulang.6. Nampaknya hubungan antara PAP-DAP ini semakin erat dengan kehadiran Lim Kit Siang di Gelang Patah sebagai calon.

7. Bersungguh-sungguh PAP dari Singapura ini untuk membantu DAP membuktikan bahawa selama ini mereka sebenarnya tidak pernah berpecah. DAP menjadi sebagai cawangan PAP di Malaysia.


Sumber:mymassa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan