Selasa, 23 April 2013

SEJAUH MANA PAS HENDAK MENGALAH DENGAN DAP???



 

Kesian Nik Aziz, Apabila Mengenangkan Roket Tak Jadi Kebulan?

Tersenyum bila mengenangkan beria-ia benar Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya DAP sudah terima perjuangan Islam yang dibawa Pas.

Baharu DAP bercadang hendak menggunakan logo Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, Nik Aziz sudah buat kenyataan syok sendiri. Sudah banyak kali Nik Aziz ‘perasan’ kononnya Pas sudah berjaya tarbiahkan DAP.

Tapi jika kita lihat, setiap kali Nik Aziz berkata demikian, kerap kali itu juga Karpal Singh menemplak Pas.

Kasihan Nik Aziz apabila kenyataannya dipatah-patahkan oleh Karpal apabila menegaskan DAP tetap menolak dasar Pas walaupun parti itu terpaksa bertanding menggunakan lambang Pas.

Pada hari penamaan calon Sabtu lalu, DAP tetap guna lambang roket. Cadangan mahu guna lambang Pas itu kerana DAP mahu main wayang sedih setelah keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak mengiktiraf Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP yang dipilih Disember tahun lalu.

Selain tagih simpati, kita dapat rasakan yang penggunaan lambang Pas itu hanya taktik DAP untuk mengelirukan pengundi Melayu. Perkara ini yang Pas buat pejam mata sebab percaya DAP sudah terima perjuangan Islam mereka.

Mujurlah cadangan DAP itu tidak berlaku. Jika tidak amat kasihan kepada pengundi Melayu yang tertipu. Sebab menjadi lumrah pemimpin DAP, bila sudah dapat kuasa, cadangan untuk pembangunan Islam akan ditentangnya.

Pas sahaja yang berubah sebab hendak ikut rentak DAP sedangkan parti cauvinis itu tetap tidak berubah dan kekal menolak hudud Pas. Mungkin selepas ini kita nak lihat sejauh mana Pas hendak mengalah dengan DAP.








UNDILAH BARISAN NASIONAL

Sumber: ASSU

Tiada ulasan:

Catat Ulasan