Sabtu, 27 April 2013

PAS DENGAN FITNAH IBARAT AUR DENGAN TEBING


Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) akan menyaman calon Pas Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa kerana menyebarkan fitnah menuduh jabatan itu memecat serta-merta ahli jawatankuasa (AJK) Surau Abdul Rahman Auf di Presint 11, di sini.

Pengarah Jawi merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berkata, satu laporan polis dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya berhubung fitnah tersebut.

"Husam buat fitnah, memang dia buat fitnah kepada Jawi, kepada penjawat awam. Saya akan saman dia dan saya akan lapor polis kerana difitnah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Isu pemecatan itu disiarkan melalui laman sosial facebook Husam P125 Putrajaya yang menyatakan 'AJK Surau dipecat serta merta kerana benar Calon P-125 Putrajaya berta'ruf'.

Husam mendakwa, beliau diberitahu oleh pengerusi dan bendahari surau tersebut kononnya mereka dipanggil menghadap Pengarah Jawi dan memaklumkan semua AJK surau berkenaan telah diberhentikan serta-merta kerana membiarkannya berta'ruf dengan makmum surau tersebut.

Sebelum itu, Jawi dalam kenyataannya pada 23 April memberitahu, Unit Pengurusan Kariah, Jawi Cawangan Putrajaya telah menghubungi beberapa buah surau bertanyakan isu penyalahgunaan surau untuk berpolitik dan Pengerusi surau memaklumkan bahawa Husam hadir pada 20 April.

"Husam menunaikan solat Isyak berjemaah di situ dan kehadirannya tidak diketahui oleh AJK, bukan atas jemputan dan pihak surau juga tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada pihak beliau. Setelah selesai solat Husam menyampaikan tazkirah selama lima hingga 10 minit berkenaan Nabi Yusuf.

"Pada 24 April AJK surau minta berjumpa Pengarah Jawi memberikan penjelasan berhubung perkara itu, pengerusi memaklumkan beliau tiada di surau dan tidak tahu siapa AJK lain dan imam yang ada bersama ketika itu," katanya.

Menurut Che Mat, isu pemecatan serta-merta AJK surau semasa perjumpaan tersebut sebagai mana didakwa dalam facebook P-125 Putrajaya pada 25 April adalah tidak benar sama sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan