Ahad, 21 April 2013

PAKATAN KATANYA# Anwar Perlekeh Kemampuan PAS


alt
NIBONG TEBAL, 21 April - Tindakan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan Badrul Hisham Shaharin sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh disifatkan sebagai cuba memperlekehkan kemampuan PAS.

Anwar menjelaskan pertembungan calon PKR dan Pas di kerusi DUN itu adalah disebabkan salah faham kedua-dua parti ketika mencalonkan wakil masing-masing, walaupun pada awalnya mendapat tentangan daripada Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Salleh Man.

"Bagi kita (tempoh) dua tiga hari untuk selesaikan perkara ini," kata Anwar dalam ceramahnya di hadapan penyokong pakatan pembangkang di Kampung Tok Keramat, dekat sini malam tadi.

Sebelum itu, DAP pernah menggesa pimpinan tertinggi PKR dan dan Pas campur tangan bagi menyelesaikan kemelut perebutan kerusi DUN Sungai Acheh di antara kedua-dua parti berkenaan.

Gesaan itu dibuat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selepas menyedari masalah berkenaan tidak mampu diselesaikan oleh PKR dan Pas negeri.

Kemelut perebutan kerusi DUN Sungai Acheh bermula apabila PKR dan Pas, berkeras mahu meletakkan calon masing-masing untuk bertanding di situ pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Namun begitu, Guan Eng menjelaskan DAP enggan campurtangan dalam kemelut tersebut dan mahukan PKR dan PAS menyelesaikannya kerana bimbang dianggap cuba memihak kepada salah satu rakan parti pembangkang.

"Ketika perbincangan dua hala mengenai parti mana yang akan meletakkan calon di situ, ia hanya melibatkan PKR dan Pas. Jadi tidak perlu untuk DAP campur tangan," katanya dalam sidang akhbar di Wisma DAP pada 11 April lalu.

Perebutan kerusi antara PKR dan Pas semakin meruncing apabila kedua-dua parti berkenaan meletakkan calon masing-masing Badrul Hisham Shaharin dan Mohd. Yusni Mat Piah di kerusi DUN tersebut.

Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Salleh Man berkata, keputusan Pas bertanding di DUN Sungai Acheh telah dimuktamadkan dalam perbincangan di peringkat Pas Pusat pada 10 April lalu.

Sehubungan itu, tambahnya, beliau hairan bagaimana PKR boleh meletakkan calonnya bertanding di kerusi tersebut apatah lagi kerusi berkenaan pada asalnya merupakan milik Pas yang menyerahkan untuk ditandingi PKR dalam pilihan raya umum 2008.

DUN Sungai Acheh bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mahmud Zakaria, calon PKR Chegubard dan Mohd Yusni Mat Piah dari Pas.

Pada PRU 2008, Mahmud memenangi kawasan DUN berkenaan dengan majoriti 250 undi mengalahkan calon PKR Dr Azhar Ahmad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan