Jumaat, 19 April 2013

MENGAPA MASIH SOKONG PR???


 
 


Apabila kita melihat senario politik Negara hari ini, penulis sering tertanya-tanya, mengapakah walau setelah sebegitu banyak usaha yang dilakukan oleh Kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak untuk membantu rakyat, masih lagi wujud sebilangan rakyat yang begitu membenci Kerajaan? Golongan ini begitu tegar menyokong pakatan haram pembangkang, walaupun tidak sekali pun mendapat apa-apa bantuan daripada mereka. Malah, dalam kebanyakan kes, golongan ini yang paling banyak menyumbang kepada gerombolan pembangkang, sama ada melalui titik peluh mahu pun wang ringgit, semata-mata kerana percaya perjuangan yang dibawa oleh para pemimpin pembangkang yang sudah sedia mewah dan kaya-raya itu akan membela nasib mereka suatu masa nanti.

Suatu masa nanti? Ya, itulah yang mereka percaya. Suatu masa nanti pakatan haram pembangkang ini akan membela nasib mereka. Dan kami percaya, hanya atas premis ini sahajalah yang menyebabkan mereka masih lagi terus menentang Kerajaan, selain daripada kepercayaan bahawa suatu masa nanti, pemimpin pilihan mereka akan menghapuskan rasuah, penyelewengan dan bagi majoritinya, suatu masa nanti juga, hasil pengorbanan dan sokongan mereka ini akan menegakkan sebuah “Negara Islam” dan mereka sendiri akan mendapat ganjaran di akhirat kelak.

Semuanya suatu masa nanti. Pernah juga seketika, seorang pemimpin agung pembangkang ini memberikan satu tarikh yang jelas untuk mendirikan pentadbiran utopia yang dijanjikan kepada penyokong mereka. Ingat lagi tentang peristiwa 16 September? Bagi kebanyakan wartawan, termasuklah daripada Barat, tarikh ini merupakan tarikh yang tidak akan dapat dilupakan sehingga akhir hayat mereka. Manakan tidak, kerana tarikh keramat itulah, semua orang kena tipu hidup-hidup! Tidak kiralah orang kampung, orang bandar, orang miskin mahu pun orang kaya! Malah, yang lebih sadis, mat saleh sendiri pun kena juga. Dan ada sesetengah yang ditipu itu merupakan bos-bos di agensi perisikan sebuah negara superpower, yang mana sejarah sendiri telah merekodkan kejayaan mereka menumbangkan beberapa buah Kerajaan di seluruh dunia yang ‘kurang mesra’ dengan mereka.

Jadi, mengapa peristiwa 16 September itu tidak dijadikan sebagai pengajaran buat penyokong Pakatan Rakyat ini? Mengapakah masih ramai lagi yang tegar menyokong dan membenci Kerajaan Barisan Nasional? Apakah selama ini BN menindas mereka dan keluarga mereka sehingga mereka sukar untuk mendapatkan penghidupan yang sempurna? Anak-anak tidak mendapat peluang untuk ke sekolah? Keluarga dinafikan bantuan kebajikan dan kesihatan? Berapa ramai rakyat Malaysia yang mati kerana ditindas Kerajaan BN? Yang hilang secara tiba-tiba kerana diculik oleh polis rahsia dan terus hilang begitu sahaja? Dan berapa ramai penyokong dan pemimpin pembangkang yang ‘hilang’ dan mati dengan sebab-sebab yang tidak munasabah?

Apa yang kita nampak, penyokong pembangkang ini makin berleluasa lagi adalah. Jika mereka mahu membuat kekacauan dan menggangu hari minggu rakyat di Kuala Lumpur, mereka dengan bebas melakukannya tanpa halangan yang jelas. Mereka bebas berarak dan membuat kacau sehinggakan semua perniagaan dan aktiviti hujung minggu rakyat terganggu. Sudah berapa kali keadaan ini berulang semenjak PRU 2008? BERSIH 2, BERSIH 3, Himpunan Kebangkitan Rakyat, Gerakan Mansuh ISA, 901 dan pelbagai lagi. Adakah pemimpin dan penyokong mereka yang terbunuh sepanjang semua kejadian rusuhan di atas? Yang pasti akan ada anggota keselamatan dan harta benda awam yang musnah dan terjejas. Jadi, benarkah dakwaan penyokong pembangkang selama ini yang Kerajaan BN ini kejam?

Semenjak kita dalam perut ibu lagi kita sudah menikmati bantuan Kerajaan. Apa, itu semua duit dan hak rakyat? Baiklah, jika itu pegangan mereka, marilah kita fikirkan persoalan ini sejenak: Bagaimanakah rakyat akan mampu untuk membayar cukai kepada Kerajaan jika mereka miskin dan tiada pekerjaan kerana pihak Kerajaan tidak mampu menyediakan situasi ekonomi yang kondusif kepaada mereka? Usah ceritalah kepada yang berniaga. Bagaimana hendak menjual barang jika rakyat tidak mempunyai wang? Jadi, di sini, siapa yang menerajui pentadbiran Kerajaan itu adalah amat penting. Cuba bayangkan yang menerajui Kerajaan yang ada sekarang ini tidak tahu meningkatkan dan menguruskan hasil negara dan yang lebih buruk, songlap terus semua hasil negara? Tidak faham? Cuba lihat contoh di negara-negara Afrika dan Amerika Tengah yang mana negaranya kaya dengan hasil bumi tetapi kekayaannnya tidak diurus dengan baik dan adil. Sebab itulah, jurang kemiskinan dan status hidup antara rakyat begitu jauh.

Di atas ini adalah satu contoh yang baik untuk kita semua sama-sama fikirkan. Apakah tidak akan berlaku keadaan di atas jika yang menerajui Kerajaan kita kelak adalah di kalangan mereka yang anak-beranak dan adik-beradik? Bukankah PKR itu parti keluarga Anwar Ibrahim? DAP juga tidak terkecuali dengan memastikan monopoli keluarga dan kroni LIM sentiasa menguasai parti tersebut semenjak parti tersebut ditubuhkan lagi. PAS juga tiada bezanya kerana ketika ini, golongan ulama’ muktabar sudah mulai meninggalkan atau menjauhkan diri daripada parti tersebut sedikit demi sedikit. Jadi, tinggallah bekas artis, mereka yang kurang pelajaran dan yang tidak bermoral dalam parti yang menggunakan jenama agama tersebut. Adakah kita terlalu bodoh untuk menyerahkan masa depan negara yang kita cintai ini kepada gerombolan pakatan yang tidak mampu pun untuk didaftarkan bersama ini?

Sebab itulah kami masih lagi terus menyelidik puncanya dan faktor penting untuk kami menerima mereka ini semua sebagai pemimpin masa depan kami. Pemimpin UMNO kaya raya? Benarkah dakwaan ini? Kami biasa juga berjumpa pemimpin UMNO, malahan dari peringkat tertinggi (menteri) yang kehidupannya biasa-biasa sahaja. Dan, kalau benar pun mereka kaya-raya, jadi, apa masalahnya? Soal cara mereka kaya itu biarlah ia menjadi urusan mereka dengan tuhan. Adalah menjadi satu dosa besar buat kita memfitnah kekayaan mereka itu adalah hasil penyelewengan duit rakyat jika mereka benar-benar berusaha keras untuk mendapatkannya. Atau kita semua ini hanya sekadar cemburukan kejayaan orang lain? Adakah ini semua kerana hasad dengki kita sesama Melayu? Mengapa kita tidak pertikaikan kekayaan tauke-tauke Cina yang menduduki 10 tangga orang terkaya di Malaysia dan Asia? Jangan tipulah jika kita kata mereka kaya tanpa bantuan Kerajaan dan bebas penyelewengan. Seperkara lagi, Anwar Ibrahim itu juga bekas pemimpin UMNO, adakah beliau seorang yang tidak KAYA-RAYA?

UMNO parti sekular dan mengamalkan dasar assobiyah (kebangsaan)? Habis DAP itu parti yang memperjuangkan Islamkah? Ya, kami sedar yang serata Pulau Pinang, Kerajaan DAP menaikkan banyak papan tanda sebagai bukti kononnya mereka lebih banyak menjaga kebajikan Islam berbanding BN dahulu. Namun, siapakah yang membuat audit berkenaan jumlah peruntukan yang diumumkan benar-benar sampai kepada orang Islam? Dan apakah pula nisbahnya dengan hasil negeri (ya, termasuklah hasil cukai daripada orang Islam) yang disalurkan kepada kelompok agama minoriti? Soal assobiyah ini kita perlu keluar dahulu daripada lingkup tafsiran yang diberikan PAS. Assobiyah ini sebenarnya bermaksud kelompok atau kumpulan/kabilah, yang mungkin juga merentasi faktor kaum dan agama. Dan Rasulullah SAW sendiri mentafsirkan sifat assobiyah ini sebagai sifat terkutuk yang mana ia akan mempertahankan kelompoknya sendiri walaupun mereka tahu ianya salah. Jadi, anda nilaikanlah sendiri, siapa yang lebih assobiyah? Siapa yang tetap pertahankan kelompok sendiri walau terbukti salah dari segi agama dan dosa, sampaikan bukti video itu juga menjadi besi? Kalau kata assobiyah itu hanya maksud bangsa, pun UMNO tetap tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana UMNO memperjuangkan bangsa Melayu yang WAJIB Islam agamanya dari sudut Perlembagaan Negara sedangkan Rasulullah SAW juga selalu berbangga dengan Bani Quraisy-nya yang tidak semuanya Islam?      

Jadi, apa lagi alasan kita untuk bersama pakatan haram pembangkang? Mereka kata tunggu mereka berkuasa barulah mereka dapat memberikan apa yang BN berikan kepada rakyat selama ini, malah lebih baik lagi kerana tiada rasuah dan penyelewengan. Namun, bolehkah kita percaya dengan janji ini jika ketika mereka berkuasa di negeri-negeri yang paling kaya dalam Malaysia pun mereka gagal melaksanakannya? Apa yang kita nampak, serendah-rendah ahli majlis mereka pun ramai yang semakin kaya ketika ini. Ada yang sudah mampu pakai dua tiga buah kereta mewah, dan ada yang sudah berjaya memiliki banglo besar. Tetapi, ironinya rakyat di negeri-negeri kaya tersebut tetap mendapat bantuan daripada BN. Dan bayangkanlah, kepada siapa lagi rakyat boleh mengharapkan selepas ini jika BN tiada kuasa lagi di peringkat persekutuan? Dan kepada siapa pula rakyat ingin mengadu nasib jika secara tiba-tiba pemimpin pakatan haram mengulangi kenyataan “Manifesto Bukan Janji” selepas mereka berkuasa kelak?


Soal rasuah dan penyelewengan ini pun sebenarnya tidak pernah luput daripada warna-warni pentadbiran pembangkang. Ingat lagi kes Teoh Beng Hock yang terjun bangunan kerana tidak sanggup menanggung dosa ahli parlimen Seri Kembangan? Bagaimana pula kes ahli parlimen Serdang dengan sewa pejabatnya dan ADUN Teratai dengan isu pecah amanah dengan seorang warga emas. Itu belum cerita abang Non punya RM 3 bilion masa jadi TPM. Gaya kehidupan ahli Parlimen Hulu Kelang yang mampu pakai Ferrari ketika ini juga banyak menimbulkan persoalan. Malah, ramai rakyat yang tidak tahu, lawatan ke luar negara, terutamanya ke negara-negara Eropah kini menjadi rutin bulanan pemimpin pakatan haram pembangkang ini tanpa ada apa-apa hasil kembali untuk rakyat dan negara! Memang mudah untuk dalam kertas tuntutan itu kata untuk cari peluang ekonomi dan perniagaan, tetapi di manakah impaknya? Sekurang-kurangnya PM Najib ada juga bentang kepada rakyat hasil KPI dan NKRA beliau. Tetapi untuk puak-puak belah sana, siapa yang audit dan lapor kepada rakyat? Itu pun, ada bonus derma jihad yang dikutip setiap kali ceramah sebagai elaun keraian di sana, bukan? Tidak percaya? Cuba tanya seorang ustazah PAS yang dulu terkenal sebagai Inspektor Aleza bagaimana mewahnya hadiah yang Abang Sabu belikan daripada London, sehinggakan terpaksa menyewa sebuah jet peribadi!

Itu belum hendak ungkit lagi kes pasir di Selangor dan bagaimana tender sebut harga terowong bawah laut di Pulau Pinang boleh naik secara tiba-tiba sebanyak RM 2 billion setelah sebuah syarikat berjaya mendapatkannya. Malah, sebenarnya, sepanjang LIMA tahun penguasaan mereka di empat buah negeri, banyak lagi kes yang didedahkan dan dilaporkan kepada pihak berkuasa, Cuma sangkut atau tidak sahaja. Mungkin kalau kita kompilasikan semua kes rasuah dan penyelewengan pakatan haram pembangkang selama lima tahun ini, pastinya jilidnya akan lebih tebal dan banyak berbanding UMNO-BN sepanjang 55 tahun mereka mentadbir negara.

Kenapa kami kata begitu? Sedangkan bekas pemimpin lanun dalam BN yang dibuang kerana terkantoi pun beraja di mata dan bertakhta di hati dalam pembangkang ketika ini, apatah lagi yang baru rasa nikmat harta rampasan perang. Itu yang ramai jadi tidak keruan itu. Dan disebabkan kerana itulah juga, setelah hampir 2000 patah perkataan penulis cuba huraikan sebab untuk menyokong pembangkang melalui artikel ini, semakin tekad pula hati ini untuk menolak mereka pada PRU akan datang ini!

Sumber: MyMassa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan