Khamis, 18 April 2013

HANYA YAKIN MENANG 45% - LIM KIT SIANG





Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini dilihat menggunakan strategi menarik simpati di mana beliau menganggap dirinya sebagai ‘underdog‘ dan bakal tewas di dalam pertembungannya dengan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman bagi kerusi Parlimen Gelang Patah.
“Saya meramalkan peluang saya (untuk menang) di kerusi Parlimen Gelang Patah adalah 45 peratus, berbanding 55 peratus bagi Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman,” katanya dengan terketar-ketar kepada pemberita pada Rabu.
Beliau berkata demikian pada majlis pengumuman senarai calon-calon DAP bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pengundi Gelang Patah terdiri daripada 53 peratus Cina, 34 peratus Melayu dan 12 peratus India.
Bernama turut melaporkan Kit Siang hari ini telah mengumumkan 6 calon DAP bertanding di parlimen dan 14 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.
“Senarai calon-calon kita adalah bersesuaian untuk mencetuskan tsunami politik di negeri Johor dan Malaysia keseluruhannya. Ini (calon-calon DAP) akan menyambung tsunami politik yang terhenti lima tahun lepas,” kata Kit Siang.

Sumber: MyMassa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan