Ahad, 14 April 2013

GEMPAR!!! TAKZIAH KEPADA KELUARGA NIK AZIZ



Gambar yang MyMassa dapat melalui e-mail sebentar tadi. Pengirimnya pula tidak memberi apa-apa maklumat.

Selepas diselidik, mungkin gambar ini berkaitan dengan berita di blog Bro Jinggo (http://brojinggo.blogspot.com/2013/04/pru13-nik-aziz-jatuh-sakit-pasal-video.html).

Hasrat penyokong Pas untuk mendengar 'kata-kata hikmat' bagi dijadikan semangat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) daripada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terbantut apabila Mursyidul Am parti mereka hanya berucap tidak sampai 10 minit di dalam program yang diadakan di sebuah padang berhampiran Pejabat DAP Pulai di sini malam tadi.

Nik Aziz, 82, yang kerap berhadapan dengan masalah kesihatan juga terpaksa duduk untuk menyampaikan tazkirah ringkasnya.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu langsung tidak menyentuh tentang pendedahan rakaman video seks terbaharu melibatkan seorang individu yang didakwa mirip Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali.

Selang beberapa minit Nik Aziz menyampaikan ceramah, segelintir pengunjung yang terdiri daripada kaum Cina dilihat meninggalkan kawasan berkenaan.

Baca seterusnya di sini : http://brojinggo.blogspot.com/2013/04/pru13-nik-aziz-jatuh-sakit-pasal-video.html

Jika benar perkara ini berlaku, MyMassa ucapkan takziah kepada Tuan Guru dan keluarga TG Nik Aziz. Cuma MyMassa kesalkan, mengapa sampai perlu dipapah masih lagi mahu mengekalkan kuasa? 



*Dahulu pemimpin yang sama menyuruh Tun Mahathir letak jawatan kerana terlalu tua. Adakah dia masih merasakan dirinya masih muda?

Sumber: MyMassa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan