Khamis, 25 April 2013

#GE 13 BIBLIOGRAFI ANWAR IBRAHIM:TEMPAHAN BOLEH DIBUAT SEKARANG



SAYA SUDAH BERSEDIA BERSARA (20.10.2012)

Buat kali kedua dalam tempoh 24 bulan, Anwar mengulangi pendiriannya untuk berhenti berpolitik dan berhijrah ke Washington sebagai guru dan pensyarah. Kerajaan dan rakyat diharap mempermudahkan perpindahan Anwar ke Washington selepas PRU13.

Dalam pada itu, syarikat-syarikat kargo yang berkemampuan untuk membawa barang-barang peribadi Anwar agar bersedia awal, khususnya pastikan syarikat mereka berdaftar dengan kementerian kewangan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Kepada mereka yang belum pernah menjejaki metropolitan Washington ataupun Universiti Washington, sudah pasti akan mengalami kejutan budaya,namun bagi Anwar tempat itu umpama rumah kedua selepas Bukit Segambut.

SAYA ULANG SAYA BERSEDIA BERSARA (24.5.2013)
Anwar dijangka akan menulis Bibliografi hidupnya sendiri meliputi bab-bab berikut:-

1. Demontrasi Mati Kelaparan di Baling (1970), 
2. Demontrasi Menentang Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina di Kuala   Lumpur (1972), 
3. Kegagalannya menamatkan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu di Universiti Malaya (1974), 
4. Penubuhan ABIM dan Yayasan Anda dengan bantuan Ustaz Ismail Mina dan Sanusi Junid(1972), 
5. Kemasukan UMNO (1982),
6. Proses Menjatuhkan Ghafar Baba (1995), 
7. Proses Membayar Lajim Ukin RM3 Juta untuk menjatuhkan Kerajaan PBS (1994), 
8. Proses memaksa Tun Dr. Mahathir Mohamad meminjam dengan IMF (1998), 
9. Proses Memujuk Dr. Mahathir pada 2/9/1998, 
10. Projek membeli YB BN pada tahun 2008 adakah kerana Jutawan John Soh lambat memberikan wang.

Anwar dijangka tidak akan menulis tentang kegiatan seks, wanita-wanita pujaannya dan LGBTnya kerana ianya hanya menjatuhkan martabat dan maruah anak cucunya. 

Namun begitu, bahagian yang paling menarik ialah bagaimana Anwar berjaya memperbodohkan Lim Kit Siang supaya bertanding di Gelang Patah.

Rahsia yang bakal didedahkan Anwar ialah di mana dia menyimpan wang berbillion ringgit dalam not-not RM1000 dan RM500. Sama ada di simpan di Switzerland, Israel, Jakarta, London, Afrika Selatan atau di Manila, hanya Anwar yang tahu.

Bibliografi Anwar bersara dijangka dijual dalam USD Amerika dijangka siap pada tahun 2016, iaitu angka kesukaan Anwar.

Jika anda ada cadangan kepada Anwar untuk dia menulis Bibliografinya, sila beri cadangan di ruangan komen. Anda juga boleh terus hantar kepada Anwar melalui tweeter dan FB rasmi Anwar Ibrahim.Terima kasih.

Sumber:mymassa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan