Sabtu, 27 April 2013

#GE 13 AMY SEARCH SOKONG KEMPEN BN


Sejak akhir-akhir ini, semakin ramai golongan artis yang dilihat secara terbuka menzahirkan sokongan mereka terhadap BN. Tidak ketinggalan ikon rock terkenal tanah air, Amy Search telah menyertai UMNO.

Gambar Amy Search bersama Nik Aziz satu ketika dahulu
Ia menjadi perbualan ramai apabila suatu ketika dulu heboh satu negara apabila dikatakan Amy Search menyertai PAS apabila gambarnya dalam satu pertemuan bersama Nik Aziz tersebar. Namun, pertemuan itu hanyalah pertemuan biasa apabila Amy Search tidak memilih PAS sebaliknya menghatar borang keahlian UMNO bersama beberapa rakan artis yang lain.


Amy Search bersama rakan-rakan artis menyerahkan borang keahlian UMNO

Selain pertemuan itu, Amy juga pernah menjemput Nik Aziz bagi menjalankan upacarta potong jambul anaknya. Perkara ini mennjukkan bahawa Amy tahu mebezakan antara politik dan agama.

Beliau hadir memenuhi jemputan untuk membuat persembahan di program Sambutan Jelajah Budaya Anak Muda peringkat negeri Kelantan bertempat di Sekolah Kebangsaan Othman Talib, Tendong, Pasir Mas baru-baru ini.



Beliau sempat melaungkan 'Hidup BN, BN okay' di atas pentas. Tambahnya lagi, beliau tidak pernah membelakangi kerajaan Barisan Nasional sepanjang 30 tahun karier beliau dalam industri hiburan tanahair.

Program berkenaan mendapat sambutan rakyat Kelantan terutamanya anak-anak muda. Hampir 3000 orang hadir dan rata-ratanya hadir dengan semangat gelombang merah.

Anak-anak muda kebanyakannya mengharapkan perubahan besar berlaku di Kelantan demi masa hadapan mereka yang lebih terjamin. Mereka sangat memerlukan peluang pekerjaan dan pembangunan di negeri kelahiran mereka.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan