Sabtu, 20 April 2013

Gambar Protes Calon Pakatan Rakyat Nibong Tebal!!


Mengikut sumber, sepanjang proses penamaan calon di Nibong Tebal sebentar tadi, dapat dilihat perpecahan dikalangan penyokong Pakatan Rakyat.

Perkara ini berlaku apabila calon yang disokong mereka tidak tersenarai sebagai calon, beberapa penyokong tegar dilihat menzahirkan protes.


Individu dalam gambar di atas merupakan seorang penyokong tegar DAP Nibong Tebal. Disebabkan penyandang kerusi DUN Jawi, Tan Beng Huat disingkirkan daripada  tersenarai sebagai calon, beliau dikatakan menzahirkan protes dengan bertanding kerusi P047 Parlimen Nibong Tebal.

Lebih memburukkan keadaan apabila terdapat sekumpulan penyokong berpakaian hitam bercetak BEBAS juga menggambarkan dengan jelas situasi kronik perpecahan Pakatan Rakyat. Mereka dikatakan adalah penyokong tegar Chegu Bard dan menolak calon semasa Mansor Othman.




Disamping itu, perkataan TOLAK WAKIL RAKYAT YANG TIDAK BERKHIDMAT di belakang baju mereka juga menggambarkan dengan jelas sikap sebenar calon mereka ketika bergelar wakil rakyat di Penanti pada penggal lepas.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan