Ahad, 28 April 2013

Erti Sebuah Perjuangan


Pada hari Sabtu 8 Disember yang lalu, berlaku satu kejadian melibatkan Raja Nong Chik yang menyentuh hati semua yang melihatnya, termasuk para wartawan yang berada di dalam rumah contoh K-baru Kerinchi. Para wartawan media massa pada masa itu sedang menunggu sesi sidang media mengenai Majlis Kesyukuran dan Perasmian Rumah Contoh K-Baru di tapak lama Flat 4 Tingkat Kerinchi.

Selama 25 tahun berjuang sejak zaman Pemuda lagi, Raja Nong Chik bersama-sama dengan para aktivis dan sahabat Flat 4 Tkt kerinchi, akhirnya perjuangan mendapatkan perumahan yang baru untuk Penduduk Flat 4 Tkt Kerinchi membuahkan hasil.

Namun, ramai para pejuang yang sama-sama gigih berusaha dengan Raja Nong Chik sudah pergi bertemu Ilahi. Malang, mereka tidak dapat menyaksikan titik peluh mereka, melihat rumah contoh K-Baru Kerinchi yang lebih 2 kali ganda luas dari rumah mereka sekarang, dengan kemudahan moden dan persekitaran selesa untuk membesarkan anak-anak dan untuk ditinggalkan pada anak cucu.

Oleh sebab itulah, tiba-tiba semasa Majlis Kenduri Kesyukuran dan Perasmian Rumah Contoh K-Baru Kerinchi iaitu sebahagian Pembangunan Semula Flat 4 Tingkat Kerinchi, Raja Nong Chik tidak dapat menahan sebaknya dan tiba-tiba mengalir air matanya. Tuan Hj Ahmad Rahman yg disebelahnya juga tidak dapat menahan sedih. Inilah tanda keikhlasan perjuangan.-analisis politik terkini-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan