Isnin, 29 April 2013

#GE 13 DR YUSOF QARDAWI SERU SOKONG NAJIB, HADI AWANG SERU TOLAK PR



DR YUSOF AL-QARDAWI SOKONG NAJIB RAZAK

Perkembangan terkini, ULAMA terkenal dunia Dr. Yusof Al-Qardawi memberikan sokongan terbuka kepada DS Najib Tun RAzak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau menyertai gelombang sokongan dunia Islam ke atas DS Najib Razak terutama bilamana Najib menjadi satu-satunya Pemimpin Islam Bukan Arab melawat Semenanjung Gaza baru-baru ini.


Pengiktirafan Dr. Yusof Qardawi kepada DS Najib dijangka meningkatkan lagi sokongan rakyat Malaysia khususnya umat Islam menjelang hari pengundian pada 5 Mei 2013. Baca seterusnya di sini 

Semalam di TV Hijrah, Timbalan Presiden JATI menghuraikan dengan panjang lebar kesan besar kepada umat Islam jika memilih parti yang salah. Beliau dengan tegas walaupun menggunakan bahasa-bahasa Ilmiah namun jelas menyeru umat Islam di Malaysia menyiking DS Najib demi Islam dan Aqidah umat Islam. Bukannya parti-parti yang "attached" dengan DAP!

Semalam juga, Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez menggesa Bukan Islam supaya tidak mengundi PAS. Beliau menuduh PAS sebagai ahli yang hikpokrit di dalam Pakatan Rakyat. Baca lanjut di sini

PRESIDEN PAS SERU RAKYAT TOLAK PKR

Semalam juga, Presiden PAS membuat Kejutan di Pahang apabila menyokong Calon Bebas DUN Damak, menyebabkan PKR mengamuk. Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata tindakan Hadi itu bertentangan dengan semangat Pakatan Rakyat apabila PAS menyokong kempen calon Bebas. Katanya lagi, “Kami akan mengkaji isu ini secara mendalam dan akan membawanya ke peringkat pimpinan pusat,” 


Manakala di Permatang Pauh, Calon BN ialah mantan Pengarah Pilihanraya PAS Pulau Pinang. Khabarnya jentera PAS di Permatang Pauh ditutup. Terus baca di sini . Kata blogger ini, tunjukkan satu keping gambar di mana PAS Permatang Pauh membantu PKR di Permatang Pauh.

Sumber:mymassa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan