Selasa, 23 April 2013

DAP Tanam Kebencian Dalam Kaum Cina

alt
KUALA LUMPUR 23 April - Taktik kebencian yang digunakan DAP dilihat amat membimbangkan ekoran sikap tersebut boleh mendatangkan perasaan dendam dalam kalangan rakyat.

Naib Ketua MCA Johor Chris Lee Ching Yong berkata, DAP sering memainkan isu perkauman dalam ceramah yang dianjurkan parti tersebut lebih-lebih lagi terhadap kaum Melayu, UMNO dan Barisan Nasional (BN).

"Perkara ini jelas kelihatan, contohnya apabila kita adakan gotong-royong di Bakri, Melayu ada tetapi Cina tak ada, kenapa (kaum Cina) jauhkan diri daripada India dan Melayu. Kita tidak mahu ini berlaku dan kita galakkan semua kaum bersatu."

"Ini adalah kesan daripada konsep perkauman yang dimainkan DAP," katanya kepada pembrita selepas melancarkan Manifesto BN Parlimen Bakri di bangunan UMNO Bahagian Bakri dekat Muar, hari ini.

Tambahnya, sifat kebencian telah lama ditanam sejak penubuhan DAP dan ianya kini semakin parah kerana kaum Cina dilihat menjauhkan diri daripada orang India dan Melayu.

Ching yang juga merupakan calon BN Parlimen Bakri, DAP cuma bertanding dikawasan yang ditandingi MCA bagi meraih sokongan pengundi Cina di sesebuah kawasan.

Sumber: Klpos

Tiada ulasan:

Catat Ulasan