Ahad, 21 April 2013

DAP MAHU MENGHAPUSKAN HAK BUMIPUTRA!!!

AGENDA DAP ialah mahu menghapuskan hak bumiputra. Kawan-kawan, kita kena ingat, keadilan bermaksud sama rata tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. 

Kita perlu tahu selepas Dasar Pecah dan Perintah British, orang Melayu ketinggalan jauh dalam ekonomi dan sektor lain. Justeru dasar-dasar yang memihak kepada orang Melayu dan Bumiputra yang lain adalah untuk membantu orang Melayu.

Macam gambar yang pernah kami kongsikan, di mana 3 orang budak yang berbeza ketinggian mahu meonton bola namun dihalang oleh sebuah pagar kayu yang tinggi.

Budak paling tinggi mampu melihat perlawanan bola itu, tetapi tidak budak sederhana tinggi dan paling rendah. Lantas, kita pasti membantu mereka yang paling rendah dengan meletakkan kotak yang tertinggi untuk budak itu berdiri sekaligus membantunya menonton perlawanan bola.

Budak yang sederhana tinggi pula akan diberi kotak juga, tetapi tidaklah setinggi yang paling rendah. Budak yang paling tinggi tidak perlu apa-apa kerana mereka sudah berjaya.

Kalau konsep samarata itu keadilan, maka kotak yang sama tinggi akan diberi, pasti budak yang paling tinggi akan kekal paling tinggi sementara budak sederhana tinggi dan yang paling rendah akan kekal di kedudukan mereka yang asal walaupun mampu melihat dengan baik selepas diberikan kotak.

Ada faham analogi JOHORBAHRUKINI?



Sumber: Saya Sayang Tun Mahathir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan