Selasa, 16 April 2013

BILA MEREKA AKAN BERUBAH???

Ini adalah infografik yang MyMassa buat tahun lepas membariskan Menteri Besar dan Ketua Menteri selepas PRU ke-12.

Klik untuk melihat infografik ini dengan lebih jelas

Jika dilihat dalam senarai di atas. Dato' Nik Aziz merupakan Menteri Besar paling tua dan diikuti oleh Pehin Sri Taib Mahmud. Untuk pilihan raya kali ini, Pehin Sri tidak bertanding kerana Pilihan Raya Negeri Sarawak baru dibuat pada tahun 2011.

Dalam PRU ke-13, Menteri Besar yang paling tua mengekalkan kuasanya adalah Dato' Nik Aziz, diikuti Dato' Seri Azizan Razak sebagai MB Kedah dan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Lebih manis apabila YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib membuat perubahan besar kepada kepimpinan BN dengan menukar beberapa orang Menteri Besar yang telah berkhidmat untuk bertanding di Parlimen. Malah ada juga Menteri Besar yang tidak dicalonkan. Berikut adalah Menteri Besar / Ketua Menteri yang akan bertanding di Parlimen serta yang tidak bertanding kali ini.

BERTANDING DI PARLIMEN :

Datuk Seri Ali Rustam - 63 tahun , KM Melaka.
Dato' Abdul Ghani Othman - 66 tahun, MB Johor

TIDAK BERTANDING :

Datuk Seri Dr Md Isa Sabu - 65 tahun, MB Perlis

Nah! Apa lagi hujah pembangkang untuk menyeru kepada UBAH atau REFORMASI? Walaupun Barisan Nasional telah memimpin Kerajaan telah lama, namun kepimpinan dalam BN sentiasa diTRANSFORMASIkan dalam setiap Pilihan Raya!

Berbeza dengan pembangkang, walaupun MB mereka sudah menjangkau lebih 70 tahun, mereka tetap mengekalkan Menteri Besar yang sama. Begitu juga dengan kepimpinan parti tersebut.


Jadi kepada rakyat Malaysia, adakah anda mahu mempercayai JANJI PERUBAHAN PEMBANGKANG jika mereka sendiri tidak mengubah kepimpinan parti mereka?



*Fikir-fikirkan.

Sumber: MyMassa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan