Rabu, 17 April 2013

Abdul Ghani Anak Jantan Pertahankan Johor Demi Ditembusi DAP.


Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman anak jantan sanggup meninggalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serom, kerusi yang dimenanginya dan bertanding di Parlimen Gelang Patah yang majoriti pengundinya berbangsa Cina.

Sebagai ketua kerajaan negeri yang bertanggungjawab, Abdul Ghani sendiri yang membuat pilihan bertanding di parlimen itu setelah mendapat tahu Penasihat DAP. Lim Kit Siang mahu membina tapak di Johor dengan bertanding di Gelang Patah. 

Saya bertanding di Gelang Patah bagi memenuhi amanah memenangkan Barisan Nasional (BN), bukan bertujuan menguburkan kerjaya politik sesiapa.

“Saya dengan rendah hati menawarkan diri untuk berkhidmat kepada masyarakat Gelang Patah berbekalkan pengalaman selama 18 tahun di Johor,” katanya selepas majlis pelancaran manifesto dan pengumuman calon BN Johor, semalam.

Beliau juga meminta seluruh kepemimpinan dan ahli komponen BN Johor merapatkan barisan dan menunjukkan kesetiaan demi memastikan kemenangan besar parti.

“Penting bagi ahli parti kekal setia walaupun siapa juga dicalonkan bertanding pada PRU-13 ini. Saya yakin ahli komponen BN tidak tergamak memperjudikan masa depan Johor dengan memberi peluang kepada pembangkang hanya kerana tidak dicalonkan.

“Inilah masanya, ahli parti menunjukkan kesetiaan mereka kepada parti dan berganding bahu memastikan kemenangan BN,” katanya.

Ramalan Abdul Ghani bahawa kerusi Parlimen Gelang Patah menjadi tumpuan ramai ternyata benar, apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlekehkan kemampuannya.



UNDILAH BARISAN NASIONAL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan