Selasa, 19 Mac 2013

PANAS - DAP Akui "Melayu Bodoh Tak Pandai Kira Kira"





Hebat DAP parti serpihan Komunis yang mana kita tahu cukup licik dalam mengambil kesempatan di atas perpecahan orang orang Melayu di Malaysia ini. Sejak dulu sehinggalah sekarang sememangnya DAP begitu bernafsu untuk menjadikan Malaysia ini jajahan mereka yang seterusnya menjadikan Malaysia sama seperti Singapura yang hanya mencekek darah rakyat dan menindas orang Melayu.

Singapura jelas dimana kedudukan Melayu apabila PAP abang kepada DAP mentadbir!!!




Gomo agak tersentak semalam apabila mendapat maklumat akan cubaan Chin Peng ketua Komunis yang telah membunuh puluhan prajurit negara dan menyiat nyiat orang Melayu mahu masuk ke Malaysia melalui Singapura. Cubaan untuk membawa masuk Chin Peng ini pernah terjadi sebelum ini apabila pimpinan Pakatan Pembangkang mahu kerajaan Malaysia memberikan Chin Peng KEISTIMEWAAN untuk menetap di Malaysia dan memberikan penghargaan kepada Chin Peng.

Turut menyokong agar Chin Peng diberikan KEISTIMEWAAN ini adalah pimpinan Melayu didalam Pakatan Pembangkang. Walaupun mereka tahu CHin Peng merupakan pengkhianat kepada negara dan juga seorang Komunis yang begitu anti Islam dan Melayu pimpinan Melayu pembangkang tetap mahu Chin Peng kembali kerana menyokong usaha sekutu mereka iaitu parti DAP.

Apakah orang Melayu di Malaysia mahu membenarkan CHin Peng ketua Komunis masuk ke Malaysia dan duduk menetap disini? Bagaimana pula dengan prajurit negara seperti pasukan PDRM dan ATM yang nyawa mereka digadaikan demi mempertahankan kedaulatan negara sewaktu Chin Peng mengganas waktu lalu?



Bagaimana perasaan keluarga mangsa kekejaman Chin Peng terutama dalam peristiwa berdarah Bukit Kepong? Apakah semua darah darah pahlawan kita yang mengalir di Bunuh Chin Peng dan puak Komunis boleh kita halalkan begitu sahaja?

Semalam apabila Gomo mengetahui akan cubaan parti DAP dikepalai Ngeh dan Ngah itu membawa masuk Chin Peng ke Malaysia melalui Singapura Gomo menjalankan beberapa siasatan. Hasil dari bantuan pelbagai pihak jelas lah DAP telah merancang sesuatu apabila menjelang pilihanraya ke 13 nanti. Rancangan untuk menakluk Malaysia dengan semangat yang akan diapi apikan oleh Chin Peng ketua Komunis bapak kepada parti DAP.

Chin Peng akan berkempen untuk DAP bagi menyatukan kaum kaum Cina di Malaysia agar mengundi Pakatan PAS,DAP dan PKR. Chin Peng komunis mahukan kaum Cina bersatu untuk menjayakan matlamat asal Komunis waktu lalu iaitu dengan menjadi pemerintah di Malaysia. IDEOLOGI Komunis akan diserap masuk kedalam otak otak kaum Cina di Malaysia melaui agen agen Pakatan bagi menjayakan misi TAWAN MALAYSIA ini.




Maklumat lain berkaitan cubaan DAP untuk membawa Chin Peng kembali ke Malaysia tidak dapat Gomo nyatakan atas faktor faktor sulit. Namun ada sedikit pencerahan untuk Gomo beri kepada pembaca Blog Papa Gomo agar orang Melayu khusunya berfikiran bijak dan jangan jadi BODOH!

Kenyataan Tony Pua Ketua Strategik DAP:

"Tony Pua berkata DAP hanya akan bertanding 40 hingga 50 kerusi 
parlimen. Tanpa mendedahkan bilangan kerusi yang akan ditandingi PKR, beliau berkata parti itu masih akan menjadi parti pembangkang terbesar.

"PAS atau PKR berkemungkinan besar mempunyai bilangan kerusi terbanyak, dan kami rasa ianya PKR."

40 hingga 50 kerusi yang DAP akan bertanding! Kemenangan yang anda orang Melayu jangkakan DAP bakal perolehi?"

Gomo katakan dengan jelas kepada anda semua orang orang Melayu. DAP akan sapu bersih 50 kerusi yang mereka tandingi kerana Cina bersatu dalam matlamat mereka yang diihlamkan oleh Chin Peng ketua Komunis untuk menjadikan Malaysia ini satu lagi kembar kepada Singapura.

Tidak percaya apa yang Gomo katakan?




Diatas adalah keputusan pilihanraya yang ke 12 pada tahun 2008 yang mana DAP yang bertanding sebanyak 47 kerusi telah memenangi 28 kerusi berbanding parti PAS yang dominan Melayu didalam Pembangkang manakala PKR yang menang sebanyak 31 kerusi bukanlah terdiri daripada 31 kerusi parlimen Melayu sebaliknya bercampur campur dengan Cina dan India.


Diatas ini adalah kedudukan terkini didalam Parlimen yang mana MEMBUKTIKAN DAP adalah kuasa Dominan didalam Pembangkang dan ianya bukan parti PKR apatahlagi PAS.

Apakah anda jangkakan bahawa pemimpin Melayu didalam PAS dan PKR akan menang lebih besar pada PRU 13 nanti dan memastikan DAP tidak menjadi kuasa dominan didalam Pakatan Pembangkang? Apakah anda akan katakan jika Pakatan menang PRU 13 nanti kerusi Perdana Menteri akan diberikan kepada pemimpin Melayu didalam PAS atau PKR?


Sumber [papagoma]

JANGAN SAMPAI MELAYU MALAYSIA JADI MACAM MELAYU SINGAPURA!!!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan