Sabtu, 16 Mac 2013


PAS Bakal Begerak Solo! Pakatan Retak Menanti Belah!




Retak menanti belah, itu sahaja kata-kata yang dapat menggambarkan hubungan antara parti di dalam Pakatan Rakyat. Tiada apa yang perlu dihairankan, sejak dari mula lagi pakatan tiga Parti ini tidak sealiran dalam banyak perkara. Daripada sekecil-kecil perkara, kepada sebesar-besar isu pasti ada perselisihan faham antara mereka. 

 Tanda-tanda keretakan semakin jelas apabila penyokong Pas Pulau Pinang di ketuai oleh Hafiz Nordin - mantan Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang telah berhimpun di hadapan pejabat guaman Karpal Singh, Jln Green Hall Gtown membantah campurtangan Karpal Singh dalam isu Kalimah Allah. mereka bergerak dari perkarangan Dewan Sri Pinang ke pejabat guaman Karpal Singh sejauh 80m dengan membawa banner & pelekad. Allahuakbar.

Sungguh menduka-citakan apabila Isu Kalimah Allah dipermainkan seperti bola sepak. Betapa liciknya pemimpin DAP kerana merekalah yang menjadi pengadil meniup wisel memulakan perlawanan antara dua pasukan lawan berbangsa Melayu berpakaian hijau dan merah. Apa yang menyedihkankan, perlawanan ini tidak sedikitpun memberi keuntungan kepada kedua-dua pasukan itu. Fikir-fikirkanlah...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan